Tips - Fesyen

Cara Nak Bergaya Pakai Fanny Pack Ala Ameera Khan

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Cara Nak Bergaya Pakai Fanny Pack Ala Ameera Khan

Sebelum ini Wanista pernah mengeluarkan senarai koleksi beg tangan dari adik selebriti popular Malaysia, Neelofa iaitu Ameera Khan. Bukan sahaja jenama-jenama beg tangan tersebut menarik minat malah cara pengayaan juga turut mengikuti trend semasa.

Fanny pack atau beg pinggang telah menjadi gaya fesyen terkini setelah diperagakan sebilangan supermodel terkenal dan dibawa keluar semula rekaan lebih lagi dari rumah-rumah fesyen mewah seperti Gucci, Chanel, Supreme dan lain-lain.

Suka pula lihat Ameera yang berani melilit fanny pack pada tubuhnya. Buat anda yang juga tidak mahu ketinggalan, nah senarai cara untuk anda mengayakan fanny pack.

#1 Gantikan tali pinggang

Tukar tali pinggang anda dengan fanny pack anda, serius nampak kemas sahaja. Lebih sesuai untuk mereka yang tuck-in pakaian.

Foto – Yahoo
Foto – PopSugar

#2 Pelengkap layering

Kalau anda suka memakai kot atau kardigan boleh jadikan fanny pack sebagai langkah pengemas.

Foto – The Fashion Medley
Foto – Cassie Daves

#3 Lilit pada bahu

Lebih cool kalau dibiar sahaja fanny pack menggalas pada bahu anda. 

Foto – The Fashion Medley
Foto – Capital FM

#4 Tak perlu aksesori berlebihan

Betul, bila bergaya dengan fanny pack anda tak perlu memakai aksesori yang lain kerana mata si pemerhati terus fokus pada fanny pack.

Foto – nit.pt
Foto – Fashion Gum

Dulu penulis pun suka pakai fanny pack bila travel tapi kena gelakkan sebab kata kawan-kawan tak kena dengan fesyen. But hey! Fanny pack dah jadi trend semula, apa pendapat anda?