Berita & Isu Semasa

Aktor Jepun Siri Kamen Rider Laku Gangguan Seksual Terhadap 4 Wanita Dalam Masa 30 Minit

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Aktor Jepun Siri Kamen Rider Laku Gangguan Seksual Terhadap 4 Wanita Dalam Masa 30 Minit

Aktor Jepun yang terkenal dengan Siri Kamen Rider, Tsunenori Aoki telah ditahan polis Jepun pada Khamis lalu selepas melakukan serangan gangguan seksual terhadap wanita di kota metropolitan Tokyo.

Foto – Nextshark

Menurut mangsa, dia sedang menyeberang jalan di persimpangan Setagaya Ward pada awal pagi, tiba-tiba aktor 30 tahun itu meraihnya dari belakang dan meraba-raba payudaranya. 

Wanita itu menyatakan bahawa dia segera menghubungi polis, tetapi Aoki telah melarikan diri dari tempat kejadian. Orang yang lau-lalang cuba untuk mengejar aktor tersebut tetapi sayangnya dia berjaya melarikan diri, tetapi malangnya dokumen peribadi tercicir.

Foto – Pinterest

Mangsa mengadu mengalami beberapa kecederaan ringan di bahagian leher dan belakang akibat serangan itu. Akhirnya selepas dikenal pasti beberapa dokumen, aktor yang memegang watak sebagai Kamen Rider Duke (Ryoma Sengoku)  mengaku tuduhan tersebut apabila ditanya pihak polis.

“Saya telah minum dengan banyak dan berada dalam keadaan kurang baik,” jelas Aoki.

Walaubagaimanapun, rakaman kamera keselamatan mendedahkan bahawa dia telah pun melakukan serangan seksual dengan meraba empat wanita yang berbeza pada pagi itu dalam tempoh 30 minit selepas meninggalkan sebuah restoran sekitar jam 1 pagi.

Aduhai itulah padahnya minum minuman keras…. Nasiblah kau!

RUJUKAN

Komen Anda