Kesihatan

Hindari Putik Kapas Kalau Tak Mahu Telinga Rosak

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Hindari Putik Kapas Kalau Tak Mahu Telinga Rosak

Ramai di antara kita sangat menitik beratkan kebersihan telinga sehingga ada yang mencucinya hampir setiap hari kerana tidak mahu telinga menjadi tersumbat dan pekak gara-gara tahi telinga yang terkumpul lama tanpa dibersihkan, Namun, tahukah anda bahawa kita sebenarnya tidak diperlukan membersih telinga selalu?

Lain pula ceritanya apabila anda memberish telinga dengan putik kapas. Ini nasihat doktor, kenapa anda patut berhenti menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga.

Guna Objek Asing Untuk Bersihkan Telinga

Selain putik kapas, ramai yang berani mati untuk menggunakan objek-objek yang tidak sepatutnya untuk membersih telinga dan ini termasuklah pin rambut, tweezers, pen atau pensil, straw, klip kertas dan barang permainan yang runcing.

Sumber: claires.com

Ini bisa menjejas kesihatan telinga anda kerana penggunaan benda asing yang mungkin kotor akan buatkan telinga anda terkena infeksi kuman bahkan boleh juga menyebabkan kecederaan.

Apa Jadi Jika Terus Menggunakan Putik Kapas?

Seperti yang kita semua tahu, dengan menggunakan putik kapas, ia cuma mampu menarik keluar lebihan tahi telinga yang melekat pada permukaan kapas, namun tidak pada kerak tahu telinga yang melekat di sekeliling rongga.

Sumber: Cosmopolitan

Hal ini menyebabkan kapas menolak sisa-sisa ttahi telinga terkumpul ditolak lebih dalam sehingga ke kawasan rongga paling dalam, lalu menyukarkan lagi proses pembersihan telinga.

Perlukah Selalu Membersih Telinga?

Jika telinga berasa gatal, sebaiknya cuba elak anda memasukan jari atau apa-apa benda asing ke dalam telinga dengan tujuan menggaru atau melegakan kegatalan. Sebaiknya cuba tahan dan gosok-gosok pada bahagian luar telinga sahaja.

Sumber: Giphy

Menurut pakar, anda tidak perlu pun kerap mecuci telinga kerana telinga sebenarnya mampu membersihkan dirinya sendiri kerana kulit bahagian dalam telingan akan tumbuh ke arah keluar. Jadi, dari masa ke masa, ia akan menolak tahi telinga anda perlahan-lahan sebelum gugur sendiri sewaktu anda tidur atau bila-bila masa tanpa sedar.

Air yang masuk ke bahagian telinga sewaktu anda mengambil wuduk atau sedang mandi umpamanya sedikit-sebanyak akan bantu melembutkan keadaan tahi telinga yang keras.

Telinga Sakit Kerana Ada Tahi Telinga Keras?

Jangan sesekali cuba mengeluarkan tahi telinga yang sudah keras sendiri kerana ia mungkin menyebabkan kesakitan itu jadi lebih serius seterusnya menyebabkan kecederaan.

Sumber: fb.ru

Sebaiknya pergi ke klinik kerana doktor akan bantu mencairkan tahi telinga tersebut dengan campuran peroxide serta beberapa cecair alkohol lain sekaligus menyuntiknya ke dalam rongga telinga agar ianya air dan boleh dicuci untuk kembalikan keselesaan dan pendengaran mangsa.

Jika hendak korek sekalipun, penulis cadangkan anda menggunakan besi penggorek teliga kerana ia mempunyai penghujung yang bisa menarik keluar kotoran yang terperangkap di dalam telinga.

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2