Jika anda mengikuti perkembangan bakal si tuan puteri Meghan Markle, anda pasti perasan yang wanita elegen ini gemar benar mengenakan trench coat sebagai alah satu item fesyen wajib sehari-hari.
Sebagai seorang yang ringkas umumnya, personaliti Meghan Markle boleh diukur menerusi pemilihan gayanya baik ke acara keramaian mahupun santai… Beliau jarang dilihat mengenakan pakaian bersifat feminin dan lebih selesa mengenakan helaian-helaian yang diinspirasi daripada item fesyen lelaki seperti kemeja, kot dan seluar panjang.
Ya, mungkin kerana itulah juga Trench Coat adalah antara helaian istimewa yang menjadi pilihan Meghan sebagai pelengkap gaya.
Ayuh Wanista huraikan serba-sedikit tentang latar belakang trench coat…
#1 Dicipta Untuk Tentera
Sejarah awal tercatat ada mengatakan bahawa Burberry dan satu lagi jenama fesyen London iaitu Acquascutum, telah tampil dengan rekaan Trench Coat istimewa untuk para tentera perang dunia pertama sebagai baju seragam yan gah.
Sebab itu, rekaan trench coat biasanya disertai banyak poket, bertali pinggang untuk memeluk tubuh dengan selesa ketika musim sejuk, dilapisi beberapa lapisan kain pada bahagian dalamnya sebagai rintangan bahkan, ada disertai cicin besi bentuk D yang digantung pada bahagian tali pinggang -membolehkan tentera menggantung bom tangan, botol air dan keperluan penting lain ketika berada di medan peperangan.
#2 Burberry Peneraju Trench Coat
Untuk pengetahuan semua, Pengasas Burberry iaitu Thomas Burberry adalah insan yang bertanggunjawab mencipta fabrik Garbadine ini pada tahun 1880 dan ia adalah fabrik kalis air yang mampu berfungsi sebagai pelindung tubuh bukan sahaja ketika musim sejuk, malah ketika musim hujan juga!
#3 Fabrik Jenis Gabardine Buat Harga Trench Coat Melambung Tinggi
Gabardine adalah fabrik istimewa kerana ia ringan, tak berkedut dan sangat tahan lasak, sekaligus membuatkan kebanyakan Trench Coat dihasil menggunakan material ini.
Garbadine dibuat berasaskan benang yang ditenun secara rapat-rapat untuk mencipta permukaan kain yang rapi.
#4 Warna Khaki Adalah Warna Asal
Seperti yang diketengahkan Burberry, sejak dari dahulu trench coat berwarna tanah digelar rona khaki ini memang ikonik. Ia boleh dilihat pada setiap rekaan trench coat oleh Burberry dan ramai selebriti ligat menggayakannya sebagai helaian utama yang mewah.
Sesiapa yang teringin nak nampak mewah tu bolehlah bergaya sakan dengan trench coat lepas ni!