Sebut sahaja kerabat diraja pasti kita membayangkan harta kekayaan mereka yang tak akan habis. Menurut dari majalah Forbes pada tahun 2011, dianggarkan kekayaan Ratu Elizabeth mencecah sehingga $500 juta.
Kalau dapat pada penulis hingga keturunan yang 100 pun tak habis duit itu!
Jika anda fikir mereka sekeluarga sentiasa hidup mewah, mungkin anda akan berubah fikiran setelah membaca artikel ini. Kehidupan yang disangka disalut dengan emas rupanya…
#1 Kitar semula barang lama
Mereka suka mengitar semula pakaian, aksesori fesyen atau apa sahaja yang lama kepada yang baharu. Ratu Elizabeth sendiri suka mengumpul pembalut hadiah dan reben untuk digunakan semula, jadi tak perlu membazir beli yang baharu. Begitu juga dengan pakaian, Ratu dan Kate Middleton gemar memakai pakaian yang berulang ketika menghadiri acara rasmi.
Lebih memeranjatkan Puteri Charlotte pernah memakai kasut kepunyaan Putera Harry 30 tahun yang lalu semasa berusia 2 tahun. Malah Putera George juga bergaya dengan baju bapanya Putera William pada tahun 1984.
#2 Kalau rosak, baiki bukan ganti
Sebagai contoh sarung tangan Ratu Elizabeth, baginda lebih suka membaikinya (selagi boleh) daripada membeli yang baharu. Rupanya Ratu masih ada lagi sarung tangan yang telah pun berusia 40 tahun.
#3 Buat sendiri
Tak perlu ambil upah maha-mahal, menurut dari People, Kate Middleton menyolek wajahnya sendiri pada hari perkahwinan. Beliau langsung tidak mengambil khidmat jurumekap professional tapi menghadiri ke kelas mekap peribadi. Iyalah, lepas-lepas ini boleh mekap sendiri tak perlu ‘angkut’ mekap artis kehulur hilir.
Malah aktiviti memasak pun Kate Middleton lakukan sendiri lebih lagi dalam menyediakan juadah kegemaran suaminya, Putera William.
#4 Panaskan makanan yang lebih
Jangan ingat mereka makan yang segar sahaja. Rupanya mereka juga seperti keluarga yang biasa tidak suka membazir dengan makanan. Kalau ada lebihan akan digunakan untuk hidangan seterusnya atau panaskan semula.
Tak sangka kan! Kalau mereka pun boleh berjimat cermat, apatah lagi kita yang kadang kasi pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Cuba ambil contoh yang baik dalam artikel ini. Selamat beramal.