Jujur rasanya penulis akan memilih berus yang jauh lebih murah harganya, begitu juga dengan anda bukan?
Iyalah dah habis beratus ringgit untuk produk mekap, ingin pula untuk membeli set berus yang juga melayang harga ratus-ratus. Cop! Itu belum lagi yang hendak beli set berus dari Kylie Jenner, baca: Gilalah! Kylie Jenner Jual Berus Mekap Harga Cecah RM2 Ribu.
Banyak sekali persoalan yang timbul, adakah tetap kena beli berus mahal untuk hasil mekap yang cantik atau sebenarnya berus murah setaraf kualiti dengan mahal.
Mari kita kupas sama-sama topik ini sebagai langkah untuk menyelamatkan duit dan jaga bajet.
Kenapa ada berus mahal?
Fahamkan dahulu, jenama kecantikan yang sudah punya ‘nama’ atau pemasaran besar-besaran biasanya akan mengeluarkan produk berharga tinggi. Malah jenis berus yang digunakan ialah dari berus semulajadi iaitu bulu kambing, kuda, tupai dan sebagainya. Tapi ada juga jenama high-end menjual berus sintetik dengan harga yang mahal. Sebab? JENAMA.
Berus bulu sintetik vs semulajadi
Terdapat perbezaan dalam jenis dua bulu berus ini, dimana berus semulajadi dikatakan dapat mengambil produk lebih baik dan efektif berbanding berus sintetik. Namun, berus sintetik lebih baik bersama produk cecair seperti bedak asas atau concealer.
Disini anda boleh bandingkan dimana, berus asli sangat sesuai untuk aplikasi pembayang mata, contouring, pemerah pipi dan sebagainya supaya produk lebih mudah ditonjolkan. Bukan bermakna berus sintetik tidak bagus tapi ada mungkin memerlukan lebih kerja bila menggunakannya.
Fokus pada kualiti
Apabila hendak membeli berus fokuskan pada kualiti bukan pada jenama sahaja. Lihat pada bentuk dan tekstur berus tersebut. Selain itu banyakkan lakukan sedikit research dan membaca review tentang berus pilihan anda.
Jadi nak beli yang mahal ke murah?
Terpulang pada bajet anda sebenarnya, berus sintetik atau semulajadi pun boleh. Diikutkan lebih baik melabur kepada berus semulajadi untuk kualiti ‘padu’ dan tahan lama sehingga lima tahun. Berus sintetik kebanyakan akan menjadi sedikit keras setelah beberapa tahun pakai. Pilihan ditangan anda.