Sebenarnya penulis dan Netflix berpisah tiada. Setiap hari ada sahaja cerita yang penulis akan tonton walaupun sekerat jalan, setakat nak cuba tonton siri pertama, kalau rasa ‘kureng’, tukar yang lain. Itu merupakan pattern yang penulis pegang kalau layan Netflix.
Berbanding filem, penulis lebih menyukai program realiti, tidak kisahlah jenis dokumentari, program masakan, bual bicara, atau hiburan, asalkan tidak terlalu berat, itu yang menjadi pilihan.
Tak perlu cerita panjang, ini antara program realiti yang punyai konsep tersendiri dan langsung tak rugi ditonton.
Jom layan!
#1 Hyori’s Bed & Breakfast
Merupakan variety show kelahiran Korea. Konsepnya unik, menampilkan pasangan selebriti suami isteri Lee Hyori dan Lee Sang-soon menyediakan perkhidmatan homestay di rumah mereka sendiri. Di sini mereka akan menyediakan tempat tidur dan makanan untuk pelanggan yang datang.
Kenapa penulis suka? Gaya hidup yang simple, jauh daripada kehidupan gah dan moden selebriti lain. Hubungan akrab dan mesra suami isteri ini cukup real.
#2 Chef & My Fridge
Chef terhebat Korea berkumpul untuk bersaing dalam menyediakan menu dari peti sejuk milik tetamu yang datang. Bukan peti sejuk tipu, tetapi yang benar-benar digunakan tetamu itu sendiri, dibawa dari rumah terus ke set produksi.
Kenapa penulis suka? Tetamu yang datang kebanyakan selebriti popular Korea seperti G-Dragon, Taeyang, BTS Jin dan Jimin serta ramai lagi. Sudah tentu juadah yang disediakan oleh chef dari dalam peti sejuk milik tetamu, adakah menepati citarasa atau sebaliknya?
#3 Men on A Mission
Tidak perlu diperkatakan lagi, program seisi keluarga ini mendapatkan rating 97% dari Netflix.
Apa yang menarik? Bila pengacara cuba mengorek rahsia peribadi malah paling pelik dari tetamu jemputan. Barisan tetamu jemputan juga bukan calang-calang, selebriti terhebat di Korea Selatan. Memang Best!
#4 RuPaul’s Drag Race
Pemenang Anugerah Emmy menampilkan 14 peserta paling berbakat bersaing untuk gelaran America’s Next Drag Superstar dan hadiah wang tunai $100,000.
Kenapa penulis syor tengok? Paling mencuit hati dan mendebarkan ketika saat kritikan dan penyingkiran, kadang kala banyak drama.
#5 Abnormal Summit
Dipimpin oleh trio selebriti Korea berserta panel dari serata dunia yang boleh berbahasa Korea. Program ini menampilkan perdebatan ringan mengenai isu-isu dikeliling Korea dan serata dunia.
Kenapa penulis suka? Tiap kali sesuatu isu dibentangkan, kita dapat mendengar pendapat yang berbeza-beza daripada setiap panel. Memang menarik!
Selamat Menonton Semua!