Bila berbicara soal makan malam romantik, lokasi adalah perkara paling mustahak untuk diutamakan kerana ia adalah kunci kepada kejayaan sesebuah penganjuran makan malam berkenaan.
Jika anda meracang bawa pasangan pergi ke tempat-tempat eksklusif untuk makan malam, penulis cadangkan agar anda mencari lokasi yang bukan sahaja memiliki makanan yang enak bahkan, carilah restoran yang mempunyai dekorasi menarik selain ditemani suasana tenang serta latar pemandangan indah untuk cipta aura romantis khas untuk anda berdua sahaja.
Wanista senaraikan lima buah restoran unik yang menghidangakan sajian fine dining serta menawarkan pemandangan indah umpama berada di awangan yang pastinya membuatkan tetamu teruja.
#1 The 39 Restaurant
Anda dan pasangan gemarkan masakan Melayu asli? Restoran ini ada semua yang anda inginkan.
Orang kata, menu Udang Raja Sambal Petai di sini sedap tak tak terkata. Cepat rancang kejutan candle light dinner untuk pasangan di sini. Semuanya dimasak segar oleh chef profesional dan nikmatilah pemandangan indah Kuala Lumpur dii malam hari sambil ditemani bintang-bintang dan cahaya bulan. pasti Romantik!
Alamat: Tingkat 39, PNB Darby Park Executive Suites, 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Laman Sesawang: [www.kuala-lumpur.ws/food-dining/the-39-restaurant]
#2 THIRTY8 @ Grand Hyatt Kuala Lumpur
Terletak di tingkat 38 dan 39 dalam bangunan hotel Grand Hyatt, rasai keghairahan untuk merasa setiap satu hidangan yang disediakan di sini.
Cantik dan sungguh mempersona, tempat makan di restoran ini dikelilingi dengan tingkap gergasi yang menampakkan segenap Kuala Lumpur yang disertai ratusan bangunan pencakar langit dan pada waktu malam, saksikan pula cahaya-cahaya neon yang menerangi seisi kota. Sangat menakjubkan untuk merakam detik gembira anda dan pasangan.
Katanya di sini menu barat dan masakan Cina yang disediakan sedap belaka! Makanlah sambil diiringi rentak muzik jazz yang seraya menyumbang aura romantis.
Alamat: Tingkat 38, Grand Hyatt, 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Laman Sesawang: [kualalumpur.grand.hyatt.com/THIRTY8]
#3 Nobu Kuala Lumpur
Merupakan salah satu restoran yang menyediakan hidangan Jepun ternama di Malaysia.
Sepanjang April, Nobu ada menyediakan pelbagai manisan yang diinspirasi dari bunga sakura yang mekar kembang musim bunga ini termasuklah Vanilla Parfait with Shiso Watermelon Kakigori, Earl Grey Whip Ganssh dan Easter Egg kegemaran ramai. Semuanya disediakan secara teliti dan mengundang perasaan romantis yang tulus sebaik disuap ke mulut.
Jika tak ada bajet untuk belanja pasangan menikmati makan malam mewah, cukup sekdar menikmati minum petang dengan menempah set Hanami High Tea di Nobu setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang April 2018. Harga pula adalah sekitar RM148 untuk satu set dan ia merangkumi hidangan seperti sushi, manisan dan banyak lagi.
Alamat: Aras 56, Menara 3 Petronas, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur
Laman Sesawang: [www.noburestaurants.com]
#4 Khrua Thai @ One City
Rasai menu asli yang ramuannya diimport terus dari Thailand, sensasi makanan laut dan rasa pedas cili api adalah gabungan rasa yang bisa memikat hati sesiapa sahaja yang menikmatinya. Dimakan pula dengan nasi panas… memang mengancam kan?
Restorannya tidaklah dikelilingi bangunanpencakar langit tetapi, restoran ini dibina di bahagian paling atas pusat membeli-belah One City yang sesuai buat anda dan pasangan untuk menghabiskan masa menghirup udara segar di bahagian balkoni restoran sambil melihat kereta yang lalu lalang di jalan raya dari atas. Sungguh mengasyikkan!
Alamat: RF03, Roof Top, Sky Park One City, Jalan USJ25/1A,, 47650 Subang Jaya, Selangor
Laman Sesawang: [www.tableapp.com/khruathai-onecity]
#5 Marble 8
Inginkan sensasi suasana makan seperti yang ditonton dalam kebanyakan filem Inggeris bersama dengan tersayang? Boleh cuba datang dan nikmati hidangan istimewa yang disediakan olek tukang masak bertaraf lima bintang.
Popular dengan hidangan steak yang empuk dan pastinya mengenyangkan, Marble 8 indah kerana dikelilingi pemandangan luar yang diserikan dengan bangunan pencakar langit sekitar Kuala Lumpur. Sekali-sekala makan mewah dengan pasangan apa salahnya kan?
Alamat: Carigali Tower, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Laman Sesawang: [www.marble-8.com]
Selamat menjamu selera! ❤