Bagi para peminat K-Drama, anda semua pasti sedang ligat mengikuti drama berjudul “The Great Tempter/Seducer” ini di saluran Astro Oh!K kan?
Ia adalah hasil yang diadaptasi daripada sebuah novel Perancis, “Dangerous Liaisons”…
Menceritakan tentang empat pelajar kolej yang bermain dengan cinta dan godaan. Salah seorang pelajar lelaki kacak bernama Kwon Si-hyun yang dimainkan oleh pelakon Woo Do-hwan secra atidak langsung gemar memikat para para gadis dengan sifatnya yang budiman lalu meletakkan target untuk mendapatkan hati milik Eun Tae Hee lakonan Joy yang sering memandang enteng terhadap cinta dan kuasa cinta.
Ikuti temu bual temu bual eksklusif bersama dua pelakon utama “The Great Tempter” Joy dan Woo Do-hwan.
#1 Dari trailer, kita dapat lihat yangkarakter kamu menggunakan rangkap dialog yang menunjukkan seolah-olah anda adalah seorang lelaki yang dramatik. Apakah memang begitu cara normal awak berkomunikasi?
Woo Do Hwan: Ya, saya memang individu yang begitu di luar. Hanya orang berkeyakinan tinggi dan berani mampu lakukann sebegitu dan saya percaya lelaki yang berusia 20-an memang rata-ratanya memiliki sifat komunikasi yang begitu. Sebab itu jugalah kenapa saya bersetuju untuk memegang watak utama dalam drama ini.
#2 Pendapat anda tentang cara Do-hwan bercakap di set? Apa chemistry yang paling nyata antara kamu berdua?
Joy: Pada mulanya memang rasa janggal untuk mendengar seorang lelaki bercakap secara dramatik begitu tetapi lama-kelamaan saya tahu ia mampu mencipta suatu sensasi yang menggambarkan personaliti peribadi dirinya.
Sebelum mengenalinya di set, saya takut untuk berjumpa Do-hwan pertama kali tetapi lama-kelamaan, kami bagaikan jiran yang mesra, mulai selesa dan mampu mencipta hubungan yang mantap di dalam skrin.
Woo Do-hwan: Joy kawan baik saya. Kami berlakon dan keluar seperti remaja 20-an bersama.
#3 Ini adalah peranan awak sebagai pelakon. Apa perasaan awak untuk memegang watak utama dan bagimana kamu membuat persediaan?
Joy: Untuk drama pertama sebelum ini, saya pernah bekerja dengan produksi yang sama jadi saya gembira sebaik mendapat tawarna ini meskipun saya masih baru dan tidak berpengalaman dalam lakonan. Saya terima tawaran ini pun kerana saya sesuai dengan umur watak yang saya pegang iaitu sebagai remaja 20-an. Saya pervaya jika saya bekerja keras, saya mampu menampilkan karakter Tae-hee dengan baik.
#4 Apakah makud percintaan untuk individu 20-an pada kamu?
Joy: Saya terlalu muda untuk mengerti bagi saya ia agak menakutkan. Saya masih berjinak-jinak dengan pengalaman bercinta dna usia 20-an adalah frasa yang paling tepat untuk menimba pengalaman hidup. Emosi dan jiwa saat berusia 20-an adalah yang paling asyik dan sukar digambarkan.
#5 Sejauh mana target para pelakon untuk drama ini?
Woo Do-hwan: Kami menjangkakan 10% target untuk rating. JIka ia lebih dariapda 10%, sila kongsikan bersama kami tentang pendapat anda tentang “The Great Tempter” di lama sesawang MBC dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk merealisasikan cadangan anda.
Joy: Kami sebagai pelakon sanggup beri apa sahaja untuk mencapai target 10% dan ke atas demi peminat dan para penonton.
Jadi jangan lupa, tonton “The Great Tempter” setiap hari Selasa hingga Khamis jam 7.50pm, hanya di Astro Oh!K, saluran 394!
Tonton Taeser “The Great Tempter”
https://www.youtube.com/watch?v=YEhaLVY90lo