Biarpun belum masak bulan Ramadhan, dah menjadi kelaziman orang-orang kita ini emmbuat persiapan awal untuk sambutan Aidilfitri 2018. Mana tidaknya, sedar tak sedar banyak pula tukang jahit yang dah menerima tempahan bagi menyiapkan tempahan-tempahan pelanggan yang sedia ada daripada tepat pada waktunya. Ini sama juga seperti kuih-muih raya.
Ramai sudah penjaja kuih dan biskut raya mula mengedarkan sampel-sampel mereka untuk dicuba pembeli berpotensi. Tetapi bagi anda yang ingin mengubah selera, Wanista kongsikan resepi biskut raya mudah yang berasaskan kacang dan coklat!
Bahan:
- 1/2 kg kekacang pilihan (boleh campur pecan/walnut/kacang tanah/almond/badam jika mahu)
- 1 cawan kismis (jika mahu)
- 1 hingga 2 buku coklat compound bergula Belgium (jika buku coklat besar, memadai guna satu sahaja)
- 5 sudu besar sirap karamel (jenama Hershey’s)
- 1 sudu besar butter tanpa garam
Cara:
1. Jika belum dipanggang, panggang dulu kacang-kacang tersebut supaya tidak terasa mentah.
2. Dalam periuk slow cooker, ratakan campuran kacang yang sudah siap dipanggang pada dasar periuk.
3. Kemudian, patahkan coklat dan ratakan di atas lapisan kacang tadi.
4. Taburkan kismis seterusnya siram sirap karamel diatasnya.
5. Tanpa perlu meratakan campuran dalam periuk, terus tutup periuk dan tetapkan suhu slow cooker kepada api serdehana dan masak selama 2 hingga 3 jam.
6. Setelah siap, guna senduk untuk sebatikan campuran agar kesemua kacang tidak berbuku.
7. Skop campuran mengikut saiz yang dikehendaki dan letakkannya di atas dulang beralas untuk disejukan dan dikeraskan.
NOTA: Jika candy kacang anda sukar mengeras kerana konsistensi coklat yang kurang bersesuaian, boleh juga skop campuran kacang itu ke dalam cawan kertas mini.
Candy kacang bersalut coklat ini boleh disimpan lama… sama ada di dalam peti sejuk mahupun pada suhu bilik yang jauh daripada matahari. Asalkan ia disimpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba! ❤