Review - Kecantikan

Cantik Macam Kuku “Barbie” Bila Pakai Pewarna Kuku Edisi Terhad Ni

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Cantik Macam Kuku “Barbie” Bila Pakai Pewarna Kuku Edisi Terhad Ni

Sekali-sekala bergaya glamor apa salahnya? Selain kosmetik yang acap kali dicalit ke pipi untuk buat penampilan kelihatan anggun persis bidadari, ramai wanita lupa untuk ‘mencantikkan’ kuku mereka.

Penampilan kuku yang cantik bukan sahaja diukur dari segi kebersihan malah, adalakalanya wanita harus kreatif meriasnya dengan pewarna. 

Sebagai seorang muslimah seperti penulis, mewarna kuku dijadikan terapi saat sedang PMS… dalam bahasa mudahnya ketika datang bulan. Setidaknya, aktiviti mewarna kuku ini bisa meningkatkan mood penulis yang agak swing ketika sedang haid. At the same time? Boleh berangan menjadi Barbie!

Sumber: Giphy

Penulis berpeluang mencuba sendiri koleksi pewarna kuku duo dari jenama Nails Inc, apa yang menariknya, koleksi pek berkembar kali ini menampilkan pewarna yang dihiasi dengan gemerlapan taburan serbuk kilauan. Memang teruja tengok!

Palet warnanya pula menggabungan rona-rona hologram seperti merah jambu, ungu, biru emas dan rona kehijauan untuk cipta ilusi fantasi umpama makhluk ajaib si kuda putih bertanduk emas.

Kelebihan Nails Inc Unicorn Duo

  • Sapuan lekas kering
  • Bau ‘cat’ yang tidak keterlaluan
  • Tahan lama dan tak mudah calar
  • Berus lebar
  • Konsistensi cecair pewarna 
  • Warna sesuai untuk wanita moden yang berani mencuba
  • Harga berpatutan

Penulis dah cuba sendiri, berus sapuan Nails Inc lebih lebar daripada berus sapuan jenama pewarna kuku lain menjadikan proses sapuan lebih mudah dan cepat bahkan, warna pada kuku juga sangat menonjol biarpun hanya disapu dengan satu lapisan pewarna.

Konsistensi cecair pewarna ini juga tidak begitu pekat dan mudah menggelongsor rata ke atas permukaan kuku. Apa yang menarik lebih menarik perhatian penulis adalah, warnanya cepat mengering sekaligus menjimatkan masa di samping tidak mudah calar biarpun anda membuat kerja-kerja rumah secara kasar.

Boleh dapatkan koleksi Nails Inc “Sparkle Like A Unicorn” ini di mana-mana cawangan Sephora seluruh Malaysia pada harga RM60. 

Selamat mencuba! ❤