Minggu sudah penulis berpeluang menginap tiga hari dua malam di DoubleTree Resort by Hilton Penang. Sebelum penulis huraikan tarikan yang ada di sana, ini serba sedikit sejarah DoubleTree.
DoubleTree Resort by Hilton Pulau Pinang, resort DoubleTree pertama di negara ini, mula dibuka dan beroperasi kepada pengunjung pada 1 Januari 2018 lalu.
Sebuah resort yang ideal untuk percutian keluarga milenial yang mempunyai anak-anak kecil serta remaja, resort yang mempunyai 316 bilik berorientasikan kekeluargaan. Resort ini terletak kira-kira 15 kilometer daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO, bandar George Town yang kaya dengan seni bina bangunan lama bersejarah yang dibina semasa zaman penjajahan British pada kurun ke-18 serta budaya bandarnya.
Lokasi resort yang strategik memudahkan akses destinasi membeli-belah dan makanan tempatan unik. Terdapat juga perkhidmatan shuttle percuma ke George Town serta tempat-tempat popular yang lain, termasuklah Persiaran Gurney dan Batu Ferringhi.
Untuk lebih lanjut, jom selidik apa yang menarik dan Wanista suka di DoubleTree Resort by Hilton Penang…
#1 Biskut Coklat Chip
Penulis tak boleh lupa pertama kali ke DoubleTree, pekerja memberikan biskut coklat chip sebagai tanda selamat datang. Difahamkan ia merupakan tradisi DoubleTree untuk menyediakan biskut coklat chip kepada semua tetamu yang datang menginap di hotel mereka.
Menariknya biskut ini diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang sihat dan tiada sebarang pengawet. Jika anda menyimpan paket bungkusan biskut dalam keadaan yang baik, ia akan tetap segar selama dua minggu ataupun membiarkan sehingga enam bulan lamanya. Tetapi sebaik sahaja dibuka, kami mengesyorkan anda untuk terus makan.
#2 TeddyVille Museum
Tarikan pertama yang ingin Wanista perkenalkan ialah TeddyVille Museum. Di sini bukan yang kanak-kanak sahaja suka, yang dah tua bangka juga turut sama naik selfie dengan setiap teddy bears. Memang Best!
Mula dibuka pada bulan Ogos 2018, TeddyVille mengetengahkan koleksi pertama dan terbesar teddy bears dari pelbagai negara dan era, seawal tahun 1990-an. Menariknya TeddyVille menceritakan sejarah dan budaya Pulau Pinang dengan beruang khusus yang berpakaian dan ditempatkan dalam pelbagai set yang mewakili tarikan yang ditawarkan di Pulau Pinang.
- Waktu : 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari
- Dewasa : RM 36.00
- Pelajar (berumur 13 tahun ke peringkat universiti, sila bawa sekali Kad Pelajar) : RM 29.00
- Kanak-kanak bawah usia 12 tahun : RM 25.00
#3 Makan.Makan.Makan
Jika kita menginap di hotel, pasti makanan yang dicari, lebih-lebih lagi ketika sarapan. Sudah tentu kita mahukan pelbagai pilihan aneka juadah menjadi santapan.
DoubleTree Resort menyediakan restoran dengan panorama kolam renang yang cukup menyenangkan dipanggil Makan Kitchen. Menawarkan variasi makanan untuk sarapan, tengahari dan malam daripada aneka juadah – Melayu, Cina, India, Peranakan dan pelbagai lagi yang semestinya sedap dan segar.
#4 Bilik Tidur
DoubleTree Resort by Hilton Penang menyediakan bilik tetamu mengikut jenis pelancong yang hadir – daripada solo business sehingga kumpulan keluarga. Yang pasti setiap bilik menyediakan kemudahan paling hebat dan memuaskan hati.
- 316 bilik terdiri daripada Guestroom, Deluxe, Family dan Suite
- Katil mewah Sweet Dreams by DoubleTree
- Kemudahan akses internet dengan kelajuan yang maksimum
- 40 LED TV dengan variasi saluran sama ada dalam atau luar
- Barang mandian dari jenama CrabTree & Evelyn
- Pilihan kopi dan teh
#5 Kolam Renang
Jika anda datang bersama kaum keluarga yang punya anak kecil, sudah tentu kolam renang menjadi pilihan. Kolam renang luar berlandskap, lengkap dengan pantai tiruan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, selain mandi-manda di kolam renang, DoubleTree juga menyediakan Kids Club untuk kanak-kanak yang sukakan aktiviti indoor, di sini terdapat pelbagai permainan untuk mereka menghilangkan rasa bosan.
Confirm anak anda sakan mandi di sana!
DoubleTree Resort by Hilton Pulau Pinang terletak di 56, Jalan Low Yat, Batu Ferringhi, 11100 Pulau Pinang, Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan di DoubleTree Resort by Hilton Pulau Pinang, para pelancong boleh mengunjungi DoubleTree Resort by Hilton Pulau Pinang (www.penangresort.doubltree.com) atau hubungi +60-4-892 8000.