Ada tak pembaca Wanista pernah menghadirkan diri ke fansign, lebih-lebih lagi untuk artis Korea? Sanggup terbang jauh semata-mata berjumpa dengan K-Pop Idol kesayangan? Sanggup berhabisan untuk album dan merchandise bagi menempatkan diri ke fansign? Bunyi macam merepek, obses, buang masa tapi percayalah memang ada yang sanggup berbuat begitu.
Seorang peminat Wanna One yang digelar Wannable telah berbelanja sehingga 4 juta KRW (~$3800 USD) untuk album Wanna One bagi mendapat peluang menghadiri fansign, tetapi sayangnya gagal. Aduhai dah belanja ribu-ribu tapi gagal pula ke fansign, hurmmm nasiblah….
Dia berkongsi berita malang di media sosial dengan kapsyen;
“I entered with 213 lottery tickets for Wanna One’s fansign and spent a total of 4,260,000 KRW ($4,004.40 USD), and still failed to get in! Clap clap clap clap clap!! #WannaOne #FanSign #EliminatedatLightningSpeed.”
https://twitter.com/sldkfjlsije/status/978911778657595392?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.koreaboo.com%2Fbuzz%2Fkorean-wannable-buys-4million-wons-worth-albums-get-fansign-fails%2F
Peminat boleh membeli album Wanna One di kedai album tempatan atau kedai buku dan mendapat peluang untuk membuat tiket loteri bagi menghadiri sesi fansign. Loteri adalah rawak, tetapi menurut peminat Korea, anda tidak akan mempunyai peluang melainkan anda membeli lebih daripada 250 album.
Agaknya apa menarik sangat tentang fansign sampai peminat sanggup berhabisan sebegini? Tapi apa yang penulis biasa lihat di media sosial, sesi fansign membolehkan anda berdepan dengan artis kesayangan secara dekat. Siapa yang tak nak, orang kata peluang datang sekali seumur hidup…