Bila penulis mendapat berita tunjang utama drama Winter Sonata yang pernah mencipta fenomena di Malaysia sudah mendirikan rumah tangga semalam, penulis cukup gembira sekali.
Empunya diri Choi Ji Woo mengejutkan para peminatnya serata dunia selepas berkongsi berita kini sudah bergelar isteri kepada lelaki bukan selebriti selepas melangsungkan perkahwinan dalam upacara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat di Seoul semalam.
Agensinya YG Entertainment turut berkongsi gambar Choi Ji Woo dalam wedding dress yang cukup manis.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan tahniah kepada perkahwinan Choi Ji Woo. Upacara perkahwinan 29 Mac 2018 berjalan dengan lancar dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat sahaja.“
I’m happy for you, Ji Woo…. Selepas sekian lamanya membujang, di usia 42, Ji Woo selamat mendirikan rumahtangga.