Ramai di antara kita sering keliru dengan tertib penggunaan produk kecantikan. Ada yang menganggap produk kecantikan itu bisa digunakan seawal remaja tetapi bagaimana pula dengan produk kecantikan yang mengandungi formula anti-penuaan? Berapa pula umur paling ideal untuk kita mula menggunakan produk anti-penuaan? Ini penjelasan dari Wanista mengikut fakta dan nasihat pakar.
Dahulu, krim anti-penuaan yang dapat menghalang dan membantutkan proses kedutan pada permukaan kulit lazimnya dikhaskan untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Namun, saban hari semakin banyak syarikat-syarikat kecantikan berlumba untuk mengeluarkan produk anti-penuaan yang dibuat khas untuk wanita berusia 20-an hingga 30-an.
Menurut pakar kulit Dr. Kavita Mariwalla, pada usia lewat 20-an hingga pertengahan 30-an, wanita sebenarnyasedang meniti proses pra-penuaan. Pada peringkat ini, anda mungkin akan perasan ada garis-garis halus mula muncul disekitar mata, dahi dan lekukan senyuman sekitar bibir. Mankala, terdapat juga bintik-bintik hitam yang timbul menandakan kerosakan kulit yang disebabkan cahaya UV.
Jelas Dr. Kavita, asalkan anda menggunakan produk yang stabil dan sesuai dengan keadaan kulit, masalah pasti selesai.
LEWAT 20 TAHUN DAN KE ATAS…
# Malam: Retinol
Sebelum tidur, sapukan produk wajah yang mengandungi retinol -baik krim malam atau serum kepada keseluruhan permukaan kulit secara nipis dan rata. Sesuai untuk individu berusia 20-an, produk penuaan yang mengandungi retinol bisa meningkatkan pertukaran sel baru di samping menggalakkan penghasilan kolagen.
Retinol juga mampu membersihkan pori tersumbat serta membasmi kuman punca jerawat yang rata-ratanya banyak menyerang individu 20-an.
# Pagi: Antioksidan
Pakar mencadangkan kita semua amalkan penggunaan produk yang berasaskan ramuan semula jadi -kaya dengan sumber antioksidan.
Melihatkan keadaan kita yang sibuk terdedah di bawah pancaran UV (Matahari) serta habuk (pencemaran udara), adalah mustahak untuk pelihara kulit dengan selapis antioksidan setiap hari sebelum melangkah keluar dari rumah.
Dengan cara ini, tiada radikal bebas yang mampu menyerang permukaan kulit!
# Sebelum Bersolek: Pelindung Matahari
Seperti yang kita tahu, krim pelindung matahari (sunblock/sunscreen) adalah salah satu produk anti-penuaan yang wajib untuk semua peringkat umur jika mahu kulit bebas jeragat dan tompok hitam yang disebabkan pigmentasi.
Tips untuk mendapatkan hasil berkesan, sapu krim pelindung matahri bukan sahaja di bahagian wajah bahkan di kawasan sekitar leher juga! Dengan ini, tidaklah tona wajah dan tona leher anda tu berbeza bagi yang tidak memakai tudung.
SELAGI BELUM BERUSIA 40-an…
# Tak Perlu: Kolagen
Selagi umur belum cecah angka 40, anda sebenarnya tidak perlu obses untuk gunakan produk-produk kolagen kerana sememangnya sel kulit anda masih aktif dan mampu menghasilkan kolagen keanjalan dengan snedirinya.
# Tak Perlu: Pelembab Melampau
Jika kulit tidak terlalu kering, tak perlu sapu krim pelembap secara berlebihan. Manfaatkan sahjaa krim pelembap yang bebas minyak dan bertekstur ringan seperti pelembap jenis gel atau losyen yang sebaiknya bisa memperbaiki bahagian-bahagian kulit yang kering atau merekah.
Tips pilih krim pelembap yang sesuai dengan keadaan kulit di sini: [KLIK]
Selamat beramal! ❤