Penulis selalu ada masalah bila datang bab mengemas, tak tahu nak mula dari mana dan paling teruk sayang nak buang semua barang. Ya, tahu, ada barang yang dah patut diucapkan selamat tinggal tapi tak sanggup pula.
Kalau masih hidup bujang tak apalah tapi bayangkan kalau dah berkeluarga? Boleh nak meletup almari kalau hendak disimpan semua baju anak, suami, sendiri lagi. Aiyoo.
Tahu dengan beban yang ditanggung oleh para wanita, seorang ibu anak empat Karen Schravemade yakni pereka dalaman bebas berkongsi tips barang yang perlu dibuang atau dikitar semula untuk menjimatkan ruang rumah.
Pakaian
Buang sahaja beg tangan yang sudah lama tidak pakai atau fesyen yang sudah lapuk. Begitu juga dengan pakaian dalaman yang tidak lagi muat dan longgar. Karen turut nasihat untuk menderma pakaian tidur yang terlalu banyak, cukup tiga pasang untuk musim panas dan sejuk. Malah kasut tumit tinggi yang tidak selesa buang sahaja!
Bilik Air
Tipulah kalau tiada produk yang sudah tamat luput. Buang, buang, buang syampu, sabun mandi, losyen dan botol sample dari hotel yang expired.
Dapur
Tempat paling cepat jadi kotor dan bersepah. Tips dari Karen ialah dengan membuang kelengkapan yang sudah tidak pakai atau berkarat. Perkakas dapur seperti tuala dapur, bahan makanan kering yang melebihi enam bulan, rempah ratus sudah tamat lumut juga perlu dikemaskini dan buang.
Tips tambahan!
Buat sikit-sikit. Anda tak perlu tunggu hujung minggu untuk mengemas, cukup lakukannya pada setiap hari dengan kemas secara minima dan konsisten.
Selamat mengemas ya semua.