Berita & Isu Semasa

Ramai Kecewa! Koleksi Kosmetik Barbie Ini Hanya Dijual Di Eropah

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ramai Kecewa! Koleksi Kosmetik Barbie Ini Hanya Dijual Di Eropah

Sejak awal minggu lalu, netizen di internet heboh dengan berita tentang koleksi mekap jenama kecantikan terkemuka Sephora yang katanya tampil berkolaborasi dengan ikon feminin, Barbie!

IKLAN
Sumber: Instagram

Menurut sumber, untuk kolaborasi itu Sephora bakal mengeluarkan koleksi kosmetik yang diinspirasikan Barbie dan ianya merupakan item edisi terhad membuatkan lebih ramai pencinta mekap dari seluruh dunia naik gila sekaligus tidak sabar mahu menyambar item-item dari Sephora Collection x Barbie berkenaan.

Sumber: Instagram

Menerapkan elemen 80-an, reka bentuk kotak pembungkusannya seraya menawan hati anak gadis dan para wanita, lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemarkan Barbie dan rona merah jambu!

Seperti alat solek milik patung Barbie, kotak set Sephora Collection x Barbie itu berbentuk radio boombox yang comel dan didalamnya terdapat maskara, palet pembayang mata, celak dan topi dengan label Barbie.

Sumber: Instagram

Tidak dijelaskan berapa harga untuk satu set mekap Sephora Collection x Barbie berkenaan, sayangnya ia hanya diedarkan dan dipasarkan di sekitar Eropah termasuklah Perancis, Portugal, Sepanyol, Greece, German, Rusia, Switzerland, Itali dan Czech Republic membuatkan ramai peminat di Asia menjadi murung. 

Sebelum ini, jenama kosmetik dan pengedar barangan kecantikan gergasi kelahiran Perancis itu pernah berkolaborasi dengan animasi “Minnie Mouse”, jenama fesyen Moschino, pereka fesyen Mara Hoffman dan banyak lagi.

SUMBER

IKLAN