Berdasarkan konsep “Gagah dan Bergaya”, Casio tampil mengumumkan koleksi baharu yanng lebih gah memaparkan ikon Hello Kitty comel sebagai perincian pada keluaran jam tangannya kali ini.
Terdapat dalam dua pilihan warna termasuk hitam dan putih, model kolaborasi BGA-190 ini adalah yang paling popular untuk para pengembara kerana ia bisa memperlihatkan masa dari dua tempat berbeza menggunakan teknologi Sual Sial World Time.
Menurut Casio, ini adalah rekaan Baby-G yang cermat untuk wanita yang gemar mengembara keliling dunia.
Jarum minitnya dihiasi simpulan riben Hello Kitty warna merah untuk aura “kawaii”. Bahkan, tali jam tangan tersebut turut dilimpahi ilustrasi Hello Kitty sebagai pencetus aura ranggi bersahaja.
Bukan itu sahaja, setiap pembelian jam tangan ini akan hadir dengan kotak jam istimewa yang dibuat daripada kayu berbentuk bagasi… sesuai dijadikan bingkisan istimewa buat insan tersayang.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.casio-intl.com/my] atau lawat laman Facebook Casio Malaysia di [www.facebook.com/CASIOBABYGMalaysia].