Berita & Isu Semasa

Kesian Wajah Comel Kanak-Kanak Perempuan Bertukar Ngeri Gara-Gara Guna Mekap

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kesian Wajah Comel Kanak-Kanak Perempuan Bertukar Ngeri Gara-Gara Guna Mekap

Penulis cukup tidak berkenan jika ada para ibu yang senang menghias wajah si kecil dengan mekap. Seperti yang terjadi pada satu kisah ini.

IKLAN

Seorang ibu yang dikenali sebagai Kylie Craven dari Illinois, Amerika Syarikat berniat menghias wajah anaknya dengan mekap. Mungkin memikirkan anaknya itu masih kecil, dia menggunakan alat solek yang murah.

Foto – Tony Kylie Cravens

Tapi siapa sangka, wajah comel anak perempuannya yang daripada comel bertukar menjadi ngeri. Set itu termasuk, gincu, pemerah pipi dan pengilat bibir. Pada labelnya tertera ‘tidak memudaratkan’ dan ‘tidak mengandungi toksik’.

Foto – Tony Kylie Cravens

Namun selepas 24 jam, Lydia mengalami alahan teruk termasuk ruam, lecur dan bengkak pada wajahya mengakibatkan kanak-kanak itu terpaksa bermalam di wad kanak-kanak hospital. Lydia sukar untuk makan selama beberapa hari berikutan rekahan pada bibirnya.

Foto – Tony Kylie Cravens

Alat solek murah atau tiruan mudah didapati di pasaran negara kita. Malah ia turut dijual di kaki lima. Jangan kerana hanya nak bergaya  anda mengundang mudarat dan sesalan di kemudian hari.

Aduhai kesiannya tengok….

Sumber : & 2

IKLAN