Anda peminat teh?
Kini, Starbucks Malaysia memperkenalkan dua Botol Frappuccino minuman baharu yang berasaskan teh – Botol Matcha Tea Frappuccino dan Botol Black Tea Frappuccino.
Diperkenalkan pertama kali di Malaysia, Starbucks Botol Matcha Tea Frappuccino dibuat dengan serbuk Matcha yang berkualiti tinggi dari Pulau Jeju, Korea Selatan. Untuk menghasilkan rasa yang menyegarkan, serbuk Matcha diproses melalui pengukusan dan penggilingan, bersama dengan susu berkualiti tinggi dari New Zealand.
Starbucks Botol Black Tea Frappuccino, minuman yang penuh dengan aroma teh asli merupakan produk hasil gabungan teh Ceylon dari Sri Lanka, teh Dianhong dari Yunnan, China dan Teh Assam dari India.
Minuman kategori ‘ready-to-go’ boleh didapati di bahagian botol minuman dalam pasar raya premium, petrol marts dan kedai serbaneka utama di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook Starbucks Malaysia.