Kini dihujung jari!
Para traveler tak perlu bersusah payah lagi untuk ke butik Samsonite untuk membeli pelbagai kelengkapan kembara dari rangkaian Samsonite, Samsonite Red dan American Tourister.
Pertama kalinya, Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan laman sesawang pembelian atas talian di Malaysia.
Lebih mudah dan pantas, pelanggan hanya perlu daftar masuk ke https://www.samsonite.com.my/ dan membeli belah pelbagai produk Samsonite. Sama seperti platform belian atas talian yang lain, pelanggan hanya perlu menunggu produk sampai tiga hari ke lokasi.
Samsonite jenama terulung dalam pembuatan bagasi sejak 1910. Menawarkan pelbagai rekaan bagasi dan bagpack untuk pengembara kualiti bertaraf tinggi.