Amorepacific yang merupakan syarikat pengeluar gergasi untuk beberapa jenama kecantikan popular Korea kelmarin tampil mengesahkan bahawa ada diantara produk kosmetik mereka mengandungi logam yang dikhuatiri penyebab barah.
Pada 19 Mac lalu, Kementerian Makanan dan Keselamatan Dadah Korea Selatan mengeluarkan kenyataan terhadap larangan untuk 13 produk kecantikan yang rata-ratanya disahkan mengandungi 10 mikrogram / gram logam jenis antimony.
Pada kadar rendah, apabila terdedah buat jangka masa yang lama terhadap logam jenis antimony ini akan menyebabkan seseorang manusia itu menjadi pening, sakit kepala serta mengalami tekanan perasaan. Manakala, apabila terdedah kepada elemen antimony pada kadar yang tinggi pula, ia secara tidak langsung akan menyebabkan iritasi kulit, paru-paru serta mata.
Lebih parah, antimon atau antimony ini bisa menyebabkan kanser.
Dua jenama yang berada di bawah Amorepacific iaitu Aritaum dan Etude House telah disahkan terlibat termasuklah empat jenis concealer dari Aritium, satu jenis concealer dari Etude House dan satu jenis pensil kening dari Etude House.
Beberapa hari kemudian pada tanggal 20 Mac, Amorepacific ada mengeluarkan kenyataan maaf buat para pelanggannya lalu berjanji akan menawarkan pulangan wang bagi mereka yang pernah membeli mana-mana produk yang berkenaan.
Jelas Amorepacific, “Sebagai pengeluar, kami seharusnya lebih peka dan menumpukan lebih perhatian kepada pengawalan kualiti. Kami mohon maaf di atas kesulitan ini. Kami akan cuba sehabis baik untuk memperbaiki kegagalan ini”.
Senarai penuh produk keluaran Amorepacific yang dilarang:
- Menurut portal kecantikan Daily Vanity, hanya produk yang memiliki nombor siri serta tarikh luput yang berkenaan (seperti di dalam senarai di atas) tertakluk untuk penarikan semula.
*** Sehingga kini pihak Etude House Malaysia belum mengeluarkan sebarang kenyataan amaran malah, penulis sendiri belum pasti sama ada produk yang berkenan dari Etude House dan Aritaum ada diedarkan di Malaysia atau pun tidak. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, sila berhenti menggunakan produk-produk tersebut buat sementara waktu sehingga makluman lanjut.