Baru beberapa minggu kecoh dengan kisah putus cinta dengan bekas kekasih Bae Suzy. Ramai yang risau dengan keadaan mental dan emosi pelakon tampan Lee Min Ho. Tapi ternyata oppa dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Malah beliau sempat berkongsi swafoto yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.
Nampaknya Lee Min Ho cepat move on dari kisah sedih dan terus fokus berkhidmat tugasan tenteranya.
Beliau kini menjalani latihan asas di Nonsan sejak 15 Mac untuk selama 4 minggu, kemudian diberi tugasan rasmi ketenteraan. Pada 12 Mei tahun lepas, beliau ditempatkan di Pejabat Daerah Gangnam selama 10 bulan sebagai pegawai masyarakat.
Gambar si kacak ini tersebar apabila beliau tampil bersama skuad dalam berpakaian militari. Duduk dibarisan hadapan sekali membuatkan mata peminat terus tertangkap melihat wajahnya. Pasti ramai yang rindu dengan lakonan dan aksi romantik Lee Min Ho.
Lee Min Ho bakal tamat latihan pada Mei 2019. Take care oppa!