Dalam hidup berpasangan ini yang paling bahagia bila pasangan juga bahagia dengan kita.
Sebagai tugas seorang isteri untuk membantu suami dan membahagiakan dia. Rasanya memang dah azali kot untuk membahagiakan seseorang yang kita cintai. Bukan sahaja pada pakai dan minum tapi kemahuan emosinya juga perlu dijaga.
Ramai para isteri lupa tentang suami pun punya perasaan dan emosi yang perlu dijaga. Antaranya…
#1 Memahami minat masing-masing
Rasanya tak perlu untuk anda kawal minat suami apa. Kalau dia memang suka bermain futsal atau menonton bola sepak, beri dia masa untuk enjoy bermain bersama teman-teman. Cara ini sedikit sebanyak memberi sokongan minat dan hobi si dia. Kalau anda pun turut serta lagi best, memang sukalah si suami.
#2 Hubungan intim
Setiap individu pasti punya fantasi dalam hubungan seksual. Cuba untuk anda bertanya pada si suami tentang cara dan kehendak dia didalam bilik. Tak salah pun!
#3 “I kagum dengan you”
Mungkin selama ini anda langsung tak pernah perasan akan rutin seharian pejabat, penat lelah suami mencari rezeki atau menguruskan kelengkapan rumah dan anak-anak. Apa kata fikir sejenak tentangnya dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih, cinta serta rasa kagum terhadap kegigihan si dia dalam membina mahligai.
#4 Sokongan semasa
Seperti biasa ianya berkaitan dengan menyediakan makan minum, menggosok pakaian dan pastikan rumah dalam keadaan kemas tersedia. Mungkin nampak biasa tapi percayalah ia memberi kepuasan pada si suami kerana memiliki anda. Tapi ingat, hubungan yang sihat apabila masing-masing tahu tugasan sendiri atau berkongsi kerja rumah.
#5 Isteri yang cantik
Tak perlu cantik seperti selebriti, cukup dengan kemas, bersih dan bertata rias buat dirinya. Alahai, takkanlah anda tak nak cantik depan suami. Sebenarnya penampilan diri isteri sedikit sebanyak dapat mengubah mood suami.
Sayang suami sendiri, jangan suami orang!