Sering kali, mengikut adat barat, kebanyakkan mereka akan mengambil minuman jus seperti jus oren semasa sarapan selain kopi. Tetapi berapa ramai yang tahu sebenarnya dua minuman itu memberi padah kepada keadaan tubuh badan manusia apabila ianya merupakan hidangan pertama yang masuk ke perut setiap kali anda memulakan hari.
Untuk perkongsian bersama, ini Wanista kongsikan 5 makanan dan minuman yang harus dielak semasa perut kosong.
#1 Sayuran Hijau Segar
Bagi mereka yang berdiet, sebolehnya ramai yang mahu mengamalkan pemakanan yang berasaskan sayur segar dan mentah seperti timun dan salad umpamanya.
Tetpi menurut pakar, sayur hijau dan mentah sebegitu bisa menyebabkan pedih hulu hati, kesakitan di bahagian abdomen (sekitar perut) serta punca perut buncit. Ini kerana, kebanyakan sayur mentah mengandungi sumber asid amino yang tinggi.
#2 Buah-Buahan: Pisang & Sitrus
Pasti ramai yang terkejut apabila pisang dilarang untuk dimakan ketika perut masih kosong kan? Umumnya, apabila seseorang memakan pisang semasa perutnya masih kosong, ia akan menyebabkan kadar magnesium dalam darah meningkat mendadak. Ini akan mengancam kesihatan jantung.
Manakala buah-buahan sitrus seperti oren kaya dengan asid. Asid akan menyebabkan pedih hulu hati serta meningkatkan risiko gastritis serta serangan gastrik jika diambil ketika perut kosong.
#3 Minuman Sejuk
Sebaik mungkin, minumlah minuman panas setiap kali sebelum memulakan hari. Minum air sejuk ketika perut kosong akan menyebabkan kerosakan pada membran mukus serta mengganggu proses sistem penghadaman dalam perut yang kemudian menjadikan anda tidak selesa sepanjang hari.
Sekurang-kurangnya, air panas atau suam akan mengejut sistem metabolisma badan sebelum ia mula berfungsi.
#4 Gula Proses
Makan makanan bergula terutamanya gula yang diproses yang datang dariapda sumber gula tidak asli (bukan dari tebu atau ekstrak tumbuh-tumbuhan) akan meningkatkan kadar insulin. Ini akan membuatkan organ pankreas “terkejut” dan menjadi punca kepada diabetes.
#5 Makanan Pedas
Nasi lemak dengan sambal lebih? Roti canai dengan kari? Makanan pedas yang berasaskan cili serta rempah-ratus umumnya bisa menyebabkan iritasi pada sistem dalam perut seterusnya menyebabkan gastrik serta meningkatkan penghasilan asid secara berlebihan. Jika dibiarkan ini boleh menggugat kesihatan sistem penghadaman. Oleh itu, sila elak makanan pedas semasa perut masih kosong.
Selamat beramal!❤