Bila ada anak ini oang kata paling penting ialah menyediakan kelengkapan makan, minum, pakai, ilmu, kasih sayang, cinta dan segalanya.
Anak-anak adalah nikmat dunia akhirat yang dianugerahkan oleh Allah SWT yang tidak dapat diganti dengan apa-apa. Malah menjaga mereka adalah amanah yang diberikan sebagai pahala untuk dibawa ke akhirat.
Menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak bukan sahaja pada bentuk fizikal dan mental, malah tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan tabung sebagai langkah berhati-hati bagi masa depan mereka.
Kebanyakan ibu bapa alpa tentang ruang penyimpanan bagi anak-anak, bila sampai masa untuk anak sambung mulalah baru mencari. Tidak semestinya kena potong duit dari gaji anda, banyak lagi cara untuk tambah tabung wang buat si kecil dengan…
#1 Buka akaun bank
Tak kiralah apa jua bank sekalipun tapi penulis lebih suka dengan Tabung Haji (ayah penulis pun buat). Cuba dengan potongan paling minima, sebagai contoh RM20.
#2 Simpan duit pemberian
Tidak digalakkan untuk menggunakan duit pemberian seperti duit saguhati atau duit raya sebagai kegunaan membeli kelengkapan mereka. Lebih baik anda simpan sahaja didalam akaun bank, setiap tahun ada hari raya kan? Jadi guna waktu sebagai bonus penyimpanan.
#3 Buat target simpanan
Anda dan pasangan sama-sama lakukan target simpanan buat anak-anak. Contohnya untuk setahun untuk dapatkan RM1 ribu. Pasti boleh!
#4 Ajar anak menabung
Bina rasa tanggungjawab menyimpan pada anak-anak. Sediakan tabung amanah untuk mereka menyimpan duit kecil atau duit baki dari belanja sekolah. Reward mereka dengan hadiah seperti makan malam istimewa atau buku cerita baharu jika berjaya capai target.
Tak susah pun, alah bisa tegal biasa. Demi anak-anak, mulalah dari sekarang!