Tempat paling enak sekali untuk tidur ialah diatas tilam. Kiranya tanpa tilam, orang sekarang boleh jadi sukar tidur.
Tapi tilam juga punya pelbagai jenis rupa, kegunaan, bahan dan kemampatan mengikut kesesuaian individu. Ada suka tilam tebal, nipis, ringan, kapas dan macam-macam lagi.
Jika anda baru sahaja nak membeli tilam sendiri atau tukar kepada yang baru, mari ikut tips dari Wanista ini supaya anda tak rugi tersalah pilih tilam.
#1 Tahu usia tilam
Biasanya tilam perlu ditukar setiap lima hingga tujuh tahun tapi tilam yang berkualiti anda hanya perlu ganti selepas 10 tahun. Tanda-tanda anda perlu tukar tilam yang baru bila badan mula sakit-sakit dan mula terasa gelung tilam. Sentiasa bersihkan tilam dengan vakum dan terbalik tilam setiap tahun.
#2 Buat research
Membeli tilam bukan sama seperti membeli tudung di butik. Ia juga memerlukan usaha dan kajian berteruskan kerana ini melibatkan kesihatan anda selama 10 tahun. Baca review dari pengguna lain mengenai tilam yang anda ingin beli dan paling penting ketahui harga yang paling terbaik.
#3 Cuba!
Cuba jangan tak cuba! Jangan malu-malu untuk berbaring diatas tilam yang dipamerkan, ambil masa anda untuk merasa selasa. Cuba baring secara terlentang, mengiring dan meniarap.
#4 Baca waranti dan polisi pemulangan
Ramai yang lupa tentang waranti dan polisi pemulangan yang ditawarkan. Manalah tahu, ada diantara tilam yang anda beli mula terasa tidak ‘sedap’ dan pastikan anda boleh memulangkannya semula atau diganti dengan yang baharu.
Okay dah tau sekarang boleh lah start window shopping tilam!