Pada pendapat penulis masalah kulit kering lebih rumit berbanding kulit berminyak. Ini kerana kulit kering memerlukan penjagaan yang rapi dan sulit terutamanya dalam memilih produk yang serasi dengan masalah kulit.
Kulit kering boleh menyebabkan luka dan jangkitan kuman malah lebih merisaukan ia membawa kepada masalah kulit sensitif. Memakai produk solekan diatas kulit kering menjadikan solekan berkerak dan tidak melekat pada kulit. Makeup flawless? Lupakan sahaja…
Pentingya untuk si kulit kering mendapatkan produk penjagaan yang seimbang dari hidrasi atau kelembapan.
Sebelum ini, penulis pernah berkongsi tentang rangkaian pencuci muka terbaik untuk si kulit berminyak. Baca: Kulit Berminyak Dan Jerawat Paling Sesuai Pakai Pencuci Muka Ini!
Kali ini, khas untuk mereka berkulit kering, nah pastikan anda dapatkan pencuci muka dibawah ini. Penulis pilih dari produk high-end dan drugstore ya!
#1 THE BODY SHOP Vitamin E Cream Cleanser
Pencuci muka jenis krim ini mengandungi Vitamin E yang bertindak untuk merawat kelembapan kulit serta memastikan ia lebih tahan lama. Penulis tidak memakai pencuci muka ini kerana kulit penulis jenis berminyak tapi penulis menggunakan toner dari rangkaian yang sama bagi memastikan keseimbangan pH kulit. The Body Shop Vitamin E mengembalikan kelembapan kulit secara baik dan natural. Apa yang membuat penulis yakin pencuci ini baik pada si kulit kering, ianya bebas-sabun atau free-soap. Pencuci yang jenis sabun faktor kulit terasa lebih kering selepas membersih.
#2 HADA LABO Mild & Sensitive Face Wash
Antara jenama paling sohor di farmasi, lebih lagi untuk mereka yang menghadapi masalah kulit kering. Mengandungi hyaluronic acid untuk membersih lebih mendalam serta memperbaiki kulit dari iritasi kekeringan. Sebenarnya banyak lagi produk Hada labo khususnya pencuci untuk kulit kering.
#3 SENKA Perfect Double Wash
Penulis suka! Paling terbaik untuk mereka yang sukakan pencuci dua dalam satu iaitu menanggalkan mekap dan membersih muka. Penulis tetap menggunakan ia sebagai alternatif pencuci kedua walaupun kulit penulis bukan kering. Biasanya double cleanser mengeringkan kulit tapi produk dari Senka ini tidak. Pada anda yang mahu pencuci muka double cleanser boleh cuba yang ini.
#4 WILDFERNS Manuka Honey Gentle Facial Cleanser
Menggunakan bahan semulajadi yakini madu yang baik untuk menghidrat kulit. Setiap cucian memberikan kulit lebih segar dan bersih dari kotoran. Kebanyakan pencuci yang lain akan menanggalkan minyak semulajadi kulit dan menyebabkan kekeringan tapi lain dengan Wildferns yang mengekalkannya.
#5 FRESH Soy Face Cleanser
Produk ini dapat 4 setengah bintang di Sephora! Pengguna mengatakan ia melindungi kulit dari kekeringan dan menjadikan kulit mereka lebih lembut dan plumpy. Bertindak mesra keatas kulit dan boleh mencuci sebarang kotoran termasuklah solekan seperti maskara. Bahan utama dari kacang soya dan timun mengimbangkan serta memperbaiki masalah kulit.
#6 BOSCIA Everyday Gel-to-Mousse Cleanser
Baru di Sephora. Pencuci muka jenis mousse atau buih meninggalkan rasa kulit lembut, bersih dan seimbang. Masalah kulit kemerahan dan iritasi dapat dirawat kerana ia mengandungi Jojoba dan Willowherb.
Malah mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif boleh mencuba pencuci ini, ia bebas alkohol, pewangi dan paraben. Produk Boscio amat sesuai untuk mereka yang kulit kering dan sensitif, anda juga boleh mencuba pelbagai lagi rangkaian krim muka dan penyegar yang lain. Hit sahaja di butik Sephora tau.
Selamat mencuba!