Info Menarik

5 Jenis Sikap Peminat K-Drama, Anda Yang Mana Satu?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
5 Jenis Sikap Peminat K-Drama, Anda Yang Mana Satu?

Peminat drama Korea datang dalam pelbagai bentuk, saiz, umur dan bangsa. Kita semua suka menonton drama kegemaran tetapi setiap seorang punya sebab kenapa mereka tonton drama Korea. Adakah anda menonton semata-mata kerana pelakon tersebut? Atau tertarik dengan jalan cerita? Paling teruk sampai tidak pandai membahagikan masa sehingga terjejas tanggungjawab sendiri? Hurmmm… yang mana satu anda?

IKLAN
#1 Pertahankan sehabis mungkin
Foto – GramUnion

Sikap sebegini ialah apabila seseorang menjadi peminat setia untuk sesebuah drama, anda bersikap mempertahankan drama tersebut walaupun sebenarnya drama tersebut tidaklah sehebat mana. Anda mempertahankan drama walau ramai yang mengkritik. Anda tidak akan biarkan seseorang bercakap buruk tentang drama kesukaan anda. Paling teruk anda sanggup bergaduh dengan rakan atau adik-beradik semata-mata kerana drama. WOW Hebat…

#2 No social life!
Foto -Meme Center

Apa yang dimaksudkan dengan sikap jenis ini ialah anda memang peminat setia drama tetapi anda sehingga mendengar soundtrack malah menonton drama tersebut berulang kali tanpa rasa jemu. Apabila hujung minggu, anda rela tidak keluar atau menghabiskan masa dengan rakan tetapi sanggup duduk dalam bilik tonton drama Korea dari pagi hingga malam.

#3 Pandai membahagikan masa
Foto – Dramabeans

Ini merupakan satu sikap terpuji, walau anda habiskan masa tonton drama Korea tetapi anda masih punya waktu untuk belajar. Anda tahu bahagikan masa untuk minat dan tanggungjawab. Malah, yang menarik lagi, anda tidak menonton kosong drama tersebut tetapi anda melakukan kajian mengenainya.

#4 Bias stalker
Foto – Class Bias in Higher Education

Anda langsung tidak pedulikan drama tersebut, anda hanya kisahkan pelakon dalam drama tersebut. Drama tersebut baik atau tidak, anda tidak kisah asalkan anda dapat melihat pelakon kegemaran beraksi sudah memadai. Plot? Tidak penting. Dialog? Siapa yang peduli? Satu-satunya faktor anda tonton drama tersebut ialah pelakon kegemaran.

#5 Veteran
Foto – The Accidental Drama Qween – WordPress.com

Anda telah menonton drama Korea untuk jangka masa yang lama, sebelum drama Full House, Boys Over Flowers ada lagi. Sebagai seorang yang telah menyaksikan drama selama lebih satu dekad, anda boleh mengkagumkan penonton muda dengan pengetahuan luas dalam perkembangan drama Korea.

Jadi, yang mana satu anda?

IKLAN