Baiklah Wanista nak tanya, pernah atau tidak anda melalui hari-hari yang macam ini – ‘ARRRGGHH! Kenapa rambut jadi macam ni?’ Setiap hari, anda belek rambut dan terasa semacam dengan rambut yang makin hari makin bermasalah.
Secara realitinya, tidak ada hari akan terasa mudah dan menyenangkan. Jadi, apa yang perlu dilakukan? Mungkin boleh cuba ikut cara wanita Perancis.
Sedia maklum, wanita Perancis terkenal dengan kecantikannya yang tidak pernah padam. Bahkan, beberapa wanita Perancis kelihatan bertambah cantik seiring dengan usianya yang terus bertambah. Mereka juga terkenal dengan kecantikannya yang terpancar semula jadi tanpa memerlukan solekan tebal. Bukan sahaja kecantikan wajah tetapi potongan dan gaya rambut juga memukau orang yang melihat.
Bagaimana mereka mendapatkan rambut yang cantik sebegitu? Mereka tidak lakukan 6 perkara ini :-
Wanita Perancis Tidak Warnakan Rambut Mereka
“Jangan sesekali mewarnakan rambut anda, atau jika anda ingin kelainan, memadai dengan melakukan highlight sahaja, atau sembunyikan uban.”
Wanita Perancis Tidak Menggunakan Pengering Rambut
“Jangan keringkan rambut anda dengan pengering rambut tetapi sebaliknya menggunakan dua sumber yang lebih mesra alam. Udara segar pada musim panas dan tuala di musim sejuk.”
Wanita Perancis Tidak Basuh Rambut Mereka Setiap Hari
“Dalam mencuci rambut, sekali sudah cukup. Tidak perlu cuci berulang kali dalam satu masa.”
Tidak Memakai Aksesori di Rambut
“Tidak ada gunanya dalam accessorizing rambut anda. Elakkan klip rambut ataupun ikat rambut.”
Wanita Perancis Tidak Keluar Rumah Dengan Rambut Basah
“Jika boleh, basuh rambut anda pada waktu petang dan bukan pada waktu pagi, supaya tidak keluar rumah dengan rambut basah.”
Wanita Perancis Sentiasa Pastikan Rambut Wangi
“Satu sentuhan minyak wangi pada rambut anda, di belakang telinga anda, atau di tengkuk leher.”
Apa lagi, jom cantik sama-sama seperti wanita Perancis!