Berita & Isu Semasa

Juruteknik Lapangan Terbang Kena Potong Gaji Sebab Kacak Macam Song Joong Ki

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Juruteknik Lapangan Terbang Kena Potong Gaji Sebab Kacak Macam Song Joong Ki

Sayangnya, seorang juruteknik di lapangan terbang Xiamen, China dilaporkan berhadapan dengan tindakan dipotong gaji sebanyak 10 peratus kerana berketerampilan terlalu kacak.

Hal itu berlaku ekoran sebuah klip video yang dirakam penumpang sebuah penerbangan telah tersebar, sekaligus menjadi tular di media sosial bahkan ramai yang mengaitkan juruteknik 25 tahun itu dengan bintang K-Drama pujaan, Song Joong Ki.

Sumber: nextshark.com

Dalam video berdurasi tidak sampai 20 saat yang dimuat naik ke platform perkongsian Tik Tok itu ada memaparkan klip juruteknik itu sedang mengawasi sebuah kapal terbang yang baru sahaja mendarat namun dalam masa yang sama, beliau yang sedang berpanas waktu itu ada mengenakan sepasang kaca mata hitam.

Akhirnya, pihak majikan dan syarikat lapangan terbang kemudian membuat keputusan untuk memotong gaji juruteknik kacak itu sebagai penalti kerana dianggap telah menyalahi undang-undang disiplin kerana tidak memakai pakaian seragam yang kemas serta meletakkan tangannya di dalam poket seluar sewaktu bertugas, seperti yang dapat dilihat dalam rakaman video viral berkenaan. 

Sumber: nextshark.com

Oleh kerana alasan yang dikeluarkan pihak syarikat itu langsung tidak munasabah, ramai pengguna internet tidak bersetuju serta menganggap tindakan itu tidak wajar sama sekali. Malah, turut ada yang merasakan pihak syarikat sengaja mencari kesalahan untuk mencalarkan nama juruteknik terbabit. 

Seorang pengguna sempat memberi komen berkata, “Bos lelaki itu sebenarnya mungkin cemburu dengan kekacakannya”.

SUMBER