Cinta & Perhubungan

Hantaran Cantik Untuk Pengantin On Budget!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Hantaran Cantik Untuk Pengantin On Budget!

Sudah menjadi kelaziman bagi orang-orang kita ini, asal pasal hantaran mesti hendak beli barang-barang yang mewah. maklumlah, hanya sekali seumur hidup. Jadi, terpaksalah ‘bajet’ untuk mengubah hantaran itu tadi dikurangkan.

IKLAN

Apa yang menimbulkan masalah adalah, untuk mengupah orang membuat hantaran ini bukannya murah, adakalanya si pengubah akan meletakkan caj tinggi dari RM80 hingga RM100 untuk satu dulang. Mana pula kita hendak mencari wang andainya sudah terlanjur membeli barang hantaran idaman yang bukan calang-calang jenamanya. 

Sumber: Pinterest

Hmm… mungkin ada sahaja pengubah yang mengambil upah murah, tetapi gubahan itu pasti ala kadar dan tidak menepati cita rasa kita betul tak? Untuk itu, ini Wanista nak kongsikan beberapa inspirasi gubahan hantaran yang simple dan boleh dibuat sendiri tanpa memerlukan sebarang kos upah. 

#1 Tampi Berbunga

Ha… maklumlah zaman dah moden, mana ada orang menampi beras lagi sekarang ni kan? Makanya, penampi tu diubah menjadi dulang hantaran yang unik dan bersifat tradisional macam ni. Cantik juga! Nak naikkan seri dulang tu bolehlah gubah bunga sejemput dan letak pada bahagian sisi barang hantaran. 

Sumber: Pinterest

#2 Platform Gabus Beralas

Rasanya tak salah jika kita gunakan trend yanng agak ‘ketinggalan zaman’ ni. Biarpun hanya menggunakan platform yang kemudian ditutup dengan alas berkerawang sebegini, ia masih boleh kelihatan berkelas andainya gubahan bunga dan warna yang dipilih itu nampak mahal. Gunakan dekorasi yang berasaskan rona-rona emas dan natural kerana palet warna sebegini mampu menebarkan aura mewah. 

Sumber: notesandplaces.com

#3 Dulang Kayu Berbunga Pastel

Seperti yang kita tahu, ramai dalam kalangan wanita yang menggemari warna-warna lembut seperti pastel ini. Salah satu cara untuk menggunakan dulang kayu ringkas berwarna putih adalah dengan dekorasi bunga yang berwarna pastel.

Untuk membeli bunga tiruan yang kelihatan seperti bunga sebenar, anda boleh cari di SSF atau Kaison dan harganya berpatutan. Jangan lupa selitkan juga dengan simpulan riben organza untuk buat gubahan nampak mahal.

Sumber: hantaranperkahwinan.com

#4 Bingkai Gambar Pengganti Dulang 

Jika mahukan kelainan, boleh jadikan bingkai gambar sebagai penganti yang unik. Alas bahagian cermin bingkai (yang dijadikan tapak) dengan platform yang dibaluti kain jaring (tulle/net) atau kain satin sebelum menyusun baranng hantaran di atasnya.

Untuk tambah cita rasa mewah, selitkan manik mutiara tiruan atau gubahan bunga genit yang kemudian diselit di beberapa bahagian.

IKLAN
Sumber: Pinterest

Penutup kaca seperti di dalam gambar adalah pilihan. Nak tutup pun boleh kalau nak dibiar terbuka pun boleh juga :)

#5 Gubahan Bunga Guna Kertas

Jika anda cukup kreatif, bolehlah membuat gubahan bunga yang diperbuat dariapda kertas ini sebagai penganti bunga plastik dan bunga segar. Pasti dulang atau kotak hantaran itu nanti nampak berseri! Kalau tak tahu caranya, tutorial untuk membuat bunga kertas ini ada banyak di Youtube. Setakat kertas berwarna tu berapalah sangat bajet yang perlu dikeluarkan… lebih daripada mampu betul tak?

Sumber: Pinterest

#6 Bunga Berangkai Cetus Tarikan

Nak bangkitkan aura yang lebih menawan? Boleh cuba beli bunga yang berangkai seperti di dalam gambar untuk diselit pada hantaran. Tak perlu beli bunga yang mahal-mahal pun. Bunga tiruan pun ada jenis yang berangkai. Kebiasaannya bunga berangkai atau menjalar ini lebih menarik hati berbanding bunga yang merimbun secara sekelompok.

Sumber: Pinterest

 Untuk dulangnya, sewa sahaja dulang daripada pembekal yang menawarkans servis sewaan, jadi anda hanya perlu keluarkan bajet membeli bunga sahaja.

#7 Inspirasi Hamper

Penggunaan riben bertekstur amat penting untuk gubahan dulang sebegini. Selain diselitkan dengan gubahan bunga mewah, riben tersebut perlulah diikat menggunakan teknik empat arah seperti yang selalu diikat pada kotak hadiah. Sebagai hiasan, tutup dengan gubahan bunga di penjuru kotak.

Pada dasarnya, apabila membuat gubahan yang diinspirasikan daripada hamper ni, anda tak perlulah perah idea bagaimana nak susun barang kerana ia kemudian akan dikaburi dengan bunga dan riben.

Sumber: Pinterest

Nak jimat bajet guna je bunga plastik tapi pastikan ianya nampak realistik okay!

#8 Sangkar Burung ‘Pengantin’

Kenapa pengantin? Sebab sangkar burung ini seolah memakai dress dan layah seperti pengantin perempuan. Anda balut sahaja sangkar burung yang sudah dipenuhi barang hantaran tu dengan kain jaring net atau tulle kemudian pada bahagian pemegang sangkar itu boleh diselitkan dengan bunga umpama flower crown.

Sumber: Pinterest

Bahagian ‘pinggang’ sangkar juga boleh dibalut dengan lagi satu bahagian kain supaya gubahan tak nampak terlalu hambar. Seperti di dalam gambar, gunakan cincin kain yang lazimnya dipakai pada kain batik atau pario.

Nak lagi jimat? Barang-barang gubahan seperti dulang hantaran dan item dekorasi tu anda boleh sewa dari penyewa yang membekal barang-barang hantaran. Di Instagram umunya, banyak pembekal perkakas perkahwinan yang menawarkan servis sewaan dulang serta item gubahan hantaran yang lain pada harga rendah. Ada tu sewa dulang baru RM15 je seunit MURAH KAN? Tak perlu risau pasal bajet dah okay?! Sewa je barang gubahan dan anda boleh DIY sendiri. 

Selamat mencuba! ❤