Masih tercari-cari restoran yang menghidangkan makanan tradisional Korea?
Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe telah menyambut ulangtahun ke-7 restoran di Berjaya Times Square. Menu yang ditawarkan Oiso berteraskan hidangan asli Korea iaitu Oiso Jap Chae, Oiso Stir Fried Beef, Oiso Samgye Tang dan Oiso BBQ Chicken.
Restoran Oiso menjaminkan tentang kualiti bahan yang digunakan dan tidak menggunakan sebarang perasa tambahan. Kesemua bahan masakan dari homemade dan dibawa dari Korea.
Bagi anda yang ingin menikmati hidangan Korea asli boleh ke Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe di Berjaya Time Square, dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam. Selain itu Osio juga berada di lokasi Cheras Leisure Mall, Ikano Power Centre, Menara Hap Seng, Tropicana City Mall, Taman Desa dan bakal dibuka di Bangsar South.