Jenama jam pintar terulung, Fitbit baru-baru ini memperkenalkan rangakaian baharu yanng lebih cekap dipanggil Fitbit Versa.
Jam ini bukan sahaja dapat berfungsi untuk mengira lagkah si pemakai tetapi dapat mengesan degupan jantung pemakainya setiap hari, 24 jam satu minggu.
Lebih menarik, Fitbit Versa ditawarkan dalam harga yang berpatutan yang bisa menjadi milik semua terutamanya wanita yang mementingkan kesejahteraan rohani dan jasmani kerana Fitbit Versa dilengkapi perisian yang membolehkan pengguna untuk menjejaki kitaran haid mereka menerusi aplikasi “Period 101” yang akan mula dipasarkan sekitar Mei akan datang.
Selain fungsinya fokus kepada penjejakan kesihatan, ia juga mampu digunakan untuk transaksi atas talian serta dapat disambungkan ke peranti telefon pintar seperti android di samping memiliki daya ketahanan bateri selama empat hari.
Rekaan Fitbit Versa lebih moden dan versatile, bahkan ringan dengan lingkaran tali yang nipis dan sesuai untuk dilekapkan ke pergelangan tangan yang bersaiz kecil.
Tonton Video Pengenalan Fitbit Versa
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.fitbit.com/my] atau lawat laman Facebook Fitbit Malaysia di [www.facebook.com/FitbitMY].