Agaknya tak cukup dengan tindik telinga, pusat dan lidah ada pula sekarang ini trend tindik jari!
Sekali tengok memang mengerikan, seolah-olah anda menebuk tulang jari. Gaya ‘aksesori’ ini menjadi tular di laman Instagram dan ia lebih menakutkan berbanding tampak cantik.
Menurut dari pelbagai laporan kecantikan, tindik jari ini menggunakan berlian yang mempunyai cangkuk untuk diletakkan bawah kulit. Kemudian dijahit pada bahagian berlian dan kulit.
Sama seperti memakai cincin pertunangan atau perkahwinan, namun tindik jari ini tidak kekal seperti telinga. Ia hanya semata-mata untuk stail dan gaya unik.
Bagi Wanista, trend tindik di jari bukan sesuatu yang cantik tapi menakutkan. Bayangkan jari anda terkena jangkitan kuman atau jari anda terlanggar dengan pintu atau barang. Pasti sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu!