Nak cantik wanita sanggup lakukan apa sahaja. Ada yang taksub sampai boleh mengubah wajah kerana tidak puas dengan wajah asal dan pelbagai lagi cara. Ada juga beberapa yang berani menukar rutin harian kepada beberapa trik yang tak masuk dek akal untuk mencubanya seperti yang dilakukan di bawah ini. Semuanya semata-mata untuk mendapatkan kepuasan dalam kecantikan.
#1 Vaginal Cream sebagai Primer
Jika anda merupakan beauty junkies, pernah lihat trik mekap menggunakan Vaginal Cream sebagai Primer?
Seorang gadis berani mengambil risiko mencuba keberkesanan Vagisil sebagai asas solek, dan menurutnya hasil sangat mengejutkan positif.
“Vagisil mengandungi resorcinol, yang biasa digunakan dalam produk penjagaan kulit kerana ia mempunyai manfaat pengelupasan.”
#2 Guna sikat rambut untuk mendapatkan freckles.
Apakah? Tapi ternyata trik ini berlaku semuanya kerana ingin mendapatkan freckles dan kata mereka freckles itu cantik.
Pernah viral di Facebook dan Instagram, satu teknik wanita menggunakan berus sikat rambut yang diletak mekap dengan menekap di bahagian tulang pipi.
#3 Cuci rambut guna air beras
Kalau Blake Lively menggunakan mayonis bagi mendapatkan rambut sihat, Suki Waterhouse pula coca-cola, wanita di Hewanglu, China pula menggunakan air beras. Kelebihannya untuk rambut panjang bersinar dan selembut sutera.
#4 Krim pencukur lelaki sebagai Primer
Dipopularkan oleh Youtuber NikkieTutorials yang menggunakan krim pencukur lelaki sebagai asas solekan kerana kandungan glycerin yang tinggi. Menurutnya, glycerin membuatkan solekan lebih baik, tahan lama dan selamat digunakan. Boleh percaya ke?
#5 Kondom sebagai alatan solekan
Menariknya banyak Youtuber dan Blogger menyimpulkan bahawa trik ini berkesan pada wajah mereka. Tekstur yang licin dan lancar tidak menyerap produk seperti span. Walaubagaimanapun, mereka memberi amaran kepada pengguna agar berhati-hati untuk tidak menggunakan foundation yang terlalu banyak sehingga menyebabkan asas mekap terlalu tebal. Cara terbaik menerapkan asas dengan kaedah ini adalah dengan menggunakan lapisan nipis setiap kali aplikasi.
Macam-macam hal untuk kelihatan cantik. Ada yang boleh dipertimbangkan dan ada juga yang terlalu menakutkan untuk kita cuba… Korang cuba, mana tahu okay kat muka tu?