Berlangsung dari 8 hingga 18 Mac 2018 bermula jam 10am hingga 10pm, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dengan bangganya mengundang semua golongan masyarakat terutamanya wanita untuk turut serta menyertai pameren yang diberi nama WAO: INVISIBLE WOMEN ART EXHIBITION ini.
Mengetengahkan isu diskriminasi jantina sekaligus menyokong penggubalan Akta Kesaksamaan Jantina di Malaysia, pameran ini akan fokus untuk berkongsi permasalahan berkenaan diskrimasi jantina yang pernah berlaku dalam kalangan wanita sejagat menerusi pameran artistik.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.wao.org.my] atau lawat laman Facebook rasmi WAO Malaysia di [www.facebook.com/wao.malaysia].