Fesyen

Macam Sama Jer? Lihat Pelbagai Bentuk Dan Jenis Gaya Kasut Lelaki

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Macam Sama Jer? Lihat Pelbagai Bentuk Dan Jenis Gaya Kasut Lelaki

Kasut lelaki kita tengok macam sama sahaja semua tapi sebenarnya tidak.

Seperti kasut wanita juga, lelaki turut mempunyai pelbagai gaya kasut yang boleh dipakai mengikut kesesuaian majlis dan tema. Tak kira wanita atau lelaki, ramai yang kurang tahu perbezaan dan pengayaan yang betul.

Sebab itulah ada jer lelaki yang bantai kasut kerja, pergi bersiar-siar dengan kasut yang sama!

Mari kita lihat dan sama-sama tambah ilmu dalam fesyen kasut lelaki.

Gaya formal atau semi-kasual

#1 Oxford
Foto – gearpatrol.com

Paling senang dicari dan popular untuk gaya formal samada ke pejabat atau majlis rasmi. Ringkas bersahaja amat sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar. Biasanya kasut Oxford paling bergaya dengan material jenis kulit. 

Foto – He Spoke Style
#2 Derby
Foto – The Idle Man

Mungkin anda terkeliru kasut Derby dengan Oxford. Kelainan pada kasut Derby ialah pada lubang tali kasut yang lebih jarak dan mempunyai lapisan atas untuk lebih lebar dan selesa. Kasut Derby boleh digayakan ke majlis formal atau semi-kasual. 

Foto – D’Marge
#3 Chukkas
Foto – Danong

Jika gemar memakai jeans tapi mahu kelihatan segak boleh padankan dengan kasut Chukka. Material kasut ini lebih selesa dan tidak terlalu ‘serius’ seperti Oxford dan Derby. 

Foto – hespokestyle.com
#4 Monk Strap
Foto – Hommes

Penulis suka kalau lihat lelaki pakai kasut Monk Strap kerana ia gaya yang boleh beri aura klasik dan tampan. Bentuk kasut ini tidak ubah seperti Oxford cuma digantikan dengan strap yang lebih untuk dipakai atau ditanggalkan. Tak kisah samada pakai kasual atau formal, Monk Strap boleh digayakan pada bila-bila masa. 

Foto – Unkept Gentleman

Kasual 

#5 Loafers
Foto – The Idle Man

Kalau terlihat kasut ini pasti penulis teringat pada suami pelakon Rozita Che Wan, Zain Saidin. Loafers terlihat lebih kasual dan bersahaja. Jika suka pakai seluar pendek dan kemeja, sarung sahaja Loafers terus dapat gaya kasual ala beach vibe. Cuma pastikan tidak keterlaluan ya… 

Foto – The Idle Man
#6 Sneaker
Foto – HiConsumption

Paling ramai orang lelaki suka pakai sekarang! (perempuan pun sama). Sneakers bukan sahaja dapat bentuk gaya seperti kasut Converse atau kasut sukan tapi banyak lagi. Pakai sneakers bersama seluar jeans dan t-shirt berkolar dah cukup untuk pergi dating dengan kekasih. Simple. 

Foto – When in Manila

Selepas ini boleh lah suami atau teman lelaki anda tambah koleksi kasut. Bukan untuk berlebih tapi sekurang-kurangnya tampil kemas dan nampak bersedia.