Cuti sekolah semakin menghampiri! Pasti para ibu bapa pening kepala untuk menguruskan aktiviti percutian untuk anak-anak.
Bawa mereka ke Sunway Lagoon untuk pelbagai aktiviti bersempena kempen Walk & Hunt in the Wild bermula 17 Mac hingga 25 Mac 2018.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang bertemu dengan dua anak harimau putih, Elsa dan Sam yang berusia 4 bulan!
Bersedia untuk sesi Meet & Greet bersama Elsa dan Sam pada 10:30 pagi, 12:30 tengahari dan 4:30 petang.
Selain itu, kempen ini juga menganjurkan aktiviti Scavenger Hunt untuk anak-anak mengetahui lebih lanjut tentang 150 spesis haiwan melalui pengembaraan bergambar.
Untuk menyertai pengembaraan ini, sila daftar di Tigerland pada 1:00 petang dan Wildlife Theatre pada 3:30 petang dengan mendapatkann kit Scavenger Hunt yang mengandungi booklet, peta, pembersih tangan, coklat Cadbury dan kupon tebus tiket Sunway Lagoon.
https://www.instagram.com/p/BgICXkrAehq/?taken-by=wanistadotcom
Sunway Lagoon juga menawarkan tawaran pakej FAMFun pada RM390 untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak dan 4-To-Go untuk 4 dewasa pada harga RM456.
Maklumat lanjut layari https://sunwaylagoon.com/ atau hubungi 03-5639 0000.