Makanan

Lebih Susu Dan Coklat, Sedapnya Rasa KitKat Baharu Ni!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Lebih Susu Dan Coklat, Sedapnya Rasa KitKat Baharu Ni!

“More Creamy, More Chocolatey”

Sejak diperkenalkan pada 1936, koko dan susu telah menjadi gabungan utama dalam coklat Nestle kegemaran ramai iaitu KitKat.

Foto -Arkib Wanista

Kini, dengan bangganya diumumkan bahawa KitKat telah diperbaharui dengan resepi yang lebih kaya dengan limpahan coklat dan susu berkrim, istimewa buat peminat yang mahupun nikmat berganda tatkala sedang berehat sambil melegakan tekak dengan manisan sempurna.

Foto -Arkib Wanista

Dengan menambah ramuan koko dan susu, kandungan gula dalam KitKat telah dikurangkan.

Menurut jenama coklat ulung ini, biarpun resepi KitKat sudah diperbaharui, kualitinya masih lagi dikekalkan dengan keadaan wafer dan coklat yang seimbang. Bukan itu sahaja, tidak ada sebarang pengawet mahupun perisa tambahan digunakan dalam produksi coklat ini.

Sumber: KitKat

Coklat Nestle KitKat boleh dibeli dalam beberapa bentuk termasuklah KitKat 2 Finger, 4 Finger, KitKat Mini dan KitKat Chuncky di semua pasaraya dan kedai runcit seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.kitkat.com.my] atau lawatlaman Facebook rasmi KitKat Malaysia di  [www.facebook.com/KitKatMalaysia].