Kesihatan

Doktor Kongsi Cara Bakar Lemak Guna Paket Ais

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Doktor Kongsi Cara Bakar Lemak Guna Paket Ais

Percaya tak, dalam masa empat jam, anda sebenarnya boleh bakar dan hapuskan kalori dengan memanfaatkan terapi ais?

Sumber: simpleposture.org

Seperti sebelum-sebelum ini, kita sedia maklum bahawa ais boleh digunakan untuk mengecutkan bengkak dan lebam namun yang terkini, saintis telah menemui cara bagaimana seseorang juga boleh menghapuskan kalori serta mengecutkan lemak dengan menggunakan ais. Dalam erti kata lain, ais boleh buat anda jadi kurus!

Sumber: medicalinfo.ir

Dengan hanya menggunakan pek ais yang dilekapkan ke bahagian berlemak seperti di perut, lengan atau peha selama 30 minit, ia boleh serta-merta membakar kalori degil tersebut.

Kesejukan ais akan bantu menukar lemak putih (lemak tepu) yang menggemukkan itu kepada lemak coklat yang lebih mudah untuk dihapuskan.

Manusia Ada Dua Jenis Lemak

Menurut fakta, manusia ada dua jenis tisu lemak. Lemak putih adalah jenis lemak tepu yang akan berkumpul lalu menjadikan bahagian-bahagian tubuh gemuk. Ia akan terus-menerus disalurkan ke dalam darah untuk membakar otot.

Rajah menunjukkan lemak coklat yang berada di celah-celah lemak putih…

Lemak coklat lebih senang untuk dihapuskan berbanding lemak putih yang bersifat tepu. Sumber: directorsblog.nih.gov

Manakala, tisu lemak coklat pula digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan kehangatan jadi, lebih sejuk tubuh anda rasa, lebih banyak lemak coklat yang akan terhapus.

Penjelasan Saintis Tentang Penukaran Lemak Putih Kepada Lemak Coklat

Menurut saintis, tatkala tubuh manusia berada dalam suhu atau cuaca yang sejuk, lemak putih dalam badan akan bertukar menjadi lemak coklat. Lemak itu akan bantu menghasilkan suhu panas seterusnya hilang dan terhapus.

Terapi Ais

Penulis dan penceramah bebas, Timothy Ferris menjelaskan kepada Dr. Oz bahawa, terapi ais akan dapat merangsang hormon bagi membantu mengurangkan berat badan. Boleh gunakan ais paket untuk diletak pada bahagian-bahagian badan yang tertentu bahkan mandi air ais juga dikatakan mampu berfungsi untuk mengecutkan seterusnya menghapuskan lemak.

Sumber: Daily Mail

Cara lain, anda boleh menghisap ketulan ais untuk memberi sensasi kesejukan kepada tubuh seterusnya secara perlahan membakar kalori dalam badan.

Sumber: mintmag.ie

Belum cuba, belum tahu. Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2