Star Delguidice, seorang wanita yang obses melakukan pembedahan plastik hanya kerana ingin kelihatan cantik seperti anak patung Barbie kini menanggung derita.
Apa tidaknya, kemunculan wanita 28 tahun dalam program bual bicara This Morning menjadi bualan hangat di media sosial. Wanita yang telah menjalani lebih 200 prosedur pembedahan ini tidak boleh duduk dan terpaksa ditemu bual dalam keadaan berdiri sepanjang program berlangsung.
Star hanya boleh berdiri kerana bimbang implan di bahagian punggungnya akan pecah dan kini dia nekad untuk membuang implan tersebut kerana terlalu besar. Bukan setakat mengubah bentuk dan rupa bahagian punggung, malah wanita berasal dari Birmingham ini turut obses mengubah wajahnya.
Dilaporkan, Star mula obses dengan pembedahan plastik seawal usia 17 tahun dan setakat ini telah membelanjakan 300,000 pound.
Star akui dia kini berdepan masalah ketakutan dan kebimbangan melampau. Kini, dia memilih untuk menjalani kehidupan yang normal dan berjanji tidak akan menjalani sebarang pembedahan yang akan mengubah fizikalnya lagi.