Masih ingat lagi dress ikonik rona hitam yang digayakan Audrey Hepburn dalam filem klasik Breakfast at Tiffany’s?
Pereka fesyen Perancis yang menjulang banyak nama dalam arena seni reka, Hubert de Givenchy, disahkan meninggal dunia 10 Mac lalu pada usia 91 tahun. Pihak keluarganya baru emmberitahu berita mengejutkan itu pada media sekitar awal pagi tadi.
https://www.instagram.com/p/BgOa-KCnkt1/?utm_source=ig_embed
Selain banyak menyumbangkan karya untuk aktres Audrey Hepburn, beliau juga pernah mencipta beberapa rekaan hebat untuk aktres Elizabeth Taylor, Grace Kelly dan Jacqueline Kennedy.
Givenchy khabarnya mula mempelopori dunia fesyen sekaligus menjadi fenomena dalam kalangan peminat fesyen sejak 1950 hingga 1960.
Menurut nytimes.com, Givenchy adalah seorang lelaki yang berkaliber, kreatif dan memiliki sifat yang peramah. Malah, beliau sering dibanggakan kerana sifatnya yang begitu budiman dalam kalangan para pelanggannya.
Sebelum ini, Givenchy yang pernah terkenal kerana mencipta “Little Black Dress” yang pertama sebelum Chanel itu pernah bekerja di bawah rumah fesyen terkemuka seperti Pierre Balmain, Christian Dior dan Elsa Schiaparelli sebelum membangunkan jenamanya sendiri pada 1952.
Sejak memajukan jenamanya, Givenchy dan Audrey Hepburn mempunyai pertalian yang sangat rapat bukan sahaja sebagai sahaja tetapi juga sebagai wajah utama (muse) untuk mempromosikan banyak hasil rekaannya.
Sehinggalah nama Givenchy mula hambar sekitar 1995, lalu memberi peluang kepada pereka baharu untuk memajukan labelnya termasuklah Alexander McQueen, John Galliano, Riccardo Tisci and, currently, Clare Waight Keller yang merupakan pengarah kreatif wanita pertama waktu itu.