Seorang penyampai ramalan cuaca di sebuah stesen televisyen China, CCTV telah mendapat perhatian apabila dia dikatakan langsung tidak dimamah usia setelah 22 tahun berada dihadapan kaca TV.
Sejak tahun debut pertama sebagai penyampai pada 1996 sehingga sekarang, Yang Dan masih lagi kelihatan seperti zaman 20-an walhal umurnya kini sudah menjangkau 44 tahun.
Netizen di China mula menggelarkan Yang sebagai ‘dewi yang tidak tua’ dan ramai yang tidak menyangka mereka selama ini melihat wanita yang sama sejak dua dekad.
Mungkin yang menjadi lain ialah perubahan fesyen rambut dan pakaian yang digayakan Yang mengikut peredaran masa.
Bayangkan sejak tahun 1996 lagi dia mula berkhidmat yakni ketika Bill Clinton menjadi presiden ke-44 Amerika Syarikat dan internet masih belum lagi digunakan secara meluas.
Gambar-gambar Yang mula tular di aplikasi Weibo setelah stesen televisyen CCTV mengeluarkan satu video bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia.
Selain mengacara dan menyampai ramalan kaji cuaca di televisyen, Yang Dan juga merupakan hos di stesen radio China. Ramai lagi yang masih belum percaya tentang kecantikan yang dimiliki oleh Yang. Agaknya apalah rahsia awet mudah yang dia amalkan?