Ada di kalangan pembaca yang pernah berhadapan dengan situasi Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Bagaimana menghadapinya? Rasa sakit? Geram? Marah? Kecewa? Sedih?
Apabila anda sedang jatuh cinta, secara semula jadi anda sanggup lakukan apa sahaja untuk pasangan. Anda sanggup berkorban untuknya.
Walau bagaimanapun, dari masa ke masa anda tahu pasangan anda tidak mencintai anda seperti anda sayanginya. Sehingga akhirnya anda sedar, cintannya hanya bertepuk tangan.
Bila melibatkan soal hati, memang susah. Tahu-tahu pula hanya kita yang beriya-iya, rupanya dia tidak sedikit mempunyai perasaan yang sama. Inilah namanya cinta yang bertepuk sebelah tangan.
Jika anda merasa cinta ternyata bertepuk sebelah tangan, segera akhiri sebelum anda disakiti lebih teruk lagi.
Anda yang memulakan perbualan
Di mana anda yang menghantar teks pesanan ringkas, membuat panggilan telefon dan anda berusaha untuk melihat satu sama lain, keluar dating setiap kali tiba hujung minggu.
- Foto – College Candy
Sekiranya anda membuat sebahagian besar plan untuk menghabiskan masa bersama-sama dan dia langsung tidak menghiraukannya maka itu tanda anda berdepan dengan one-sided love, jadi lupakan sahaja.
Acapkali menjadi orang yang pertama dalam setiap perkara, anda yang bersungguh-sungguh dalam hal percintaan tapi si dia buat tak tahu.
Dia tidak peduli dengan anda
Simple dan Plain! Itulah kenyataannya. Sebenarnya bila anda lama-kelamaan dengannya, anda mungkin boleh perasan bahawa dia sebenarnya tidak pedulikan tentang diri anda, dan anda betul.
Intipatinya, jika anda terlibat dalam perhubungan cinta bertepuk sebelah tangan, pasangan anda tidak peduli akan kesejahteraan atau berusaha untuk membahagiakan anda, dia langsung tidak mengambil inisiatif sepatutnya untuk menggembirakan anda.
Pada penulis, seorang kekasih yang baik ialah yang sentiasa menjaga hubungan setiap hari.
Bila si dia buat anda rasa bersalah tanpa sebab
Dalam kebanyakan hal, anda selalu mengalah dan sentiasa kalah. Individu sebegini bersikap manipulatif dengan mengetahui kelemahan anda dan sentiasa mempergunakan anda untuk kepentingan mereka sendiri.
- Foto – All Sweetness and Life
Namun, bukan mudah untuk anda menjauhkan diri daripada mereka kerana mereka bijak memutar-belit keadaan sehingga menampakkan anda yang bersalah dalam setiap hal.
Dia mengabaikan masalah hubungan
Anda sentiasa berusaha untuk membincangkan hal berdua, tetapi partner anda sedikit pun tak ambil pusing.
Sebagai contoh, anda mempersoalkan kenapa dia asyik menghabiskan masa bersama rakan berbanding dengan anda, Kerana itu, anda suarakan apa yang terpendam tetapi penerimaan yang diberi agak melukakan hati.
Dia seperti tidak mahu menangani sebarang masalah, kerana dia tidak peduli dengannya. Jadi anda merasa seperti anda ditinggalkan dengan dua pilihan: cuba untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri atau mengabaikannya.
Anda sentiasa berasa tertekan
- Foto – Real Women For God
Anda sentiasa bimbang bahawa hubungan berada di ambang kehancuran dan merasakan itu semua salah anda. Atau anda cuba bekerja keras untuk menunjukkan kepada pasangan bertapa anda sayangkannya dan berhubung sekerap yang mungkin.
Jika pasangan membuat anda merasa tertekan dan tidak selamat, maka lebih baik anda undur diri sahaja. And learn to love yourself, and think about yourself before anything else!.