Kesihatan

Takut Buah Pinggang Rosak? Amalkan Makanan Ini Untuk Pencegahan

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Takut Buah Pinggang Rosak? Amalkan Makanan Ini Untuk Pencegahan

Gara-gara pelbagai kesan sampingan dari produk kecantikan dan kesihatan tanpa iktiraf boleh menyebabkan datang bahaya kepada organ badan. Antara organ yang paling mudah mudarat ialah buah pinggang.

Fungsi buah pinggang amat penting dalam pencegahan penyakit dan aliran darah, ia menapis darah segala kotoran, kuman dan toksik dalam darah. Bayangkan jika buah pinggang terbeban dengan segala toksik, lama-kelamaan ia juga boleh rosak. 

Sebab itu pentingnya untuk kita mencegah kerosakan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan hindari dari menggunakan produk yang merbahayakan kesihatan.

Wanista kongsikan makanan yang sebenarnya baik dan ia diet yang bagus untuk kesihatan organ buah pinggang.

#1 Lada Benggala (merah)

Lada benggala merah rendah dalam potassium menjadi ia diet baik untuk buah pinggang. Disamping itu ia mengandungi vitamin C, A, B6 dan asid folik dan fiber. Bukan itu sahaja ia mampu mencegah kanser kerana tinggi antioksida. 

Foto – taste.com.au
#2 Ikan

Pastikan ada ikan dalam diet harian anda, lebih baik jika pilih ikan tinggi Omega-3. Kualiti protein dan lemak ikan dapat melawan risiko sakit jantung dan kanser. Memilih ikan dalam makanan harian mampu mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (GDL).

Foto – De’Longhi
#3 Bawang

Tak ramai suka makan bawang, tapi tahukan makanan yang rendah potassium sangat baik untuk buah pinggang. Selain itu, bawang mencegah sebarang keradangan, jangkitan kuman dan boleh membersih buah pinggang anda.

Foto – The Splendid Table
#4 Kubis Bunga

Kebaikan kubis bunga ialah ia mampu meneutralkan toksik dalam hati yang boleh beri kerosakan pada sel dan DNA. Pengambilan kubis bunga dapat memberi vitamin C dan sumber folat serta fiber pada tubuh badan secara semulajadi.

Foto – Food Network
#5 Putih Telur

Sama seperti ikan, putih telur juga mempunyai kualiti protein paling baik bersama asid amino. Kebaikan untuk buah pinggang, putih telur kurang fosforus (elemen kimia) dari sumber protein lain seperti kuning telur atau daging.

Foto – Youtube
#6 Buah epal

Sudah diketahui kebaikan epal yang boleh mengurangkan kolesterol, masalah sembelit dan melindungi jantung serta mengurangkan risiko kanser. Dari kebaikan tersebut, epal juga memberi manfaat kesihatan pada buah pinggang.

Foto – Food Network

Dari enam makanan diatas, apa kata anda masukkan dalam masakan. Barulah seimbang… 

Komen Anda