Buat julung kalinya, gedung Marks & Spencer melancarkan koleksi pakaian wanita yang memiliki potongan rekaan lebih sopan di Malaysia bersempena musim bunga 2018.
Dilihat majoriti muslimah di Malaysia yang semakin mementingkan penampilan, untuk koleksi istimewa kali ini, Marks & Spencer mengetengahkan konsep yang lebih versatile dengan mengutamakan helaian yang mudah untuk disuai padan serta diperbuat dariapda material berkualiti untuk keselesaaan.
Bukan itu sahaja, palet warna yang dibawakan juga terdiri daripada rona-rona ceria seperti biru, kuning, putih gading dan banyak lagi dan rata-ratanya menampilkan corak dan cetakan floral mempersona. Sesuai untuk memancarkan aura kewanitaan sebenar.
Fabrik yang digunakan juga adalah mewah terdiri daripada kapas, sutera, linen dan lain-lain. Harga yang ditawarkan untuk koleksi ini adalah bermula dari RM269 dan ke atas.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.marksandspencer.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Marks & Spencer Malaysia di [www.facebook.com/marksandspencermalaysia].