Mulakan hari anda dengan sihat dan ceria bersama Yogurt Fernleaf baharu, diperbuat daripad 100% susu dari New Zealand untuk memberikan kebaikan tenusu kepada warga Malaysia yang sentiasa sibuk pada waktu pagi!
Yogurt Fernleaf bertekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt terbaru ini merupakan pilihan yang lebih lazat dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Ia juga mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis.
Yogurt ini juga kurang manis berbanding jenama-jenama yang lain dan boleh dicampur dengan pelbagai snek sihat. Contohnya, anda boleh mencampurkan dengan oat, bijiran, kekacangan dan buah beri dalam balang untuk menghasilkan oat semalaman sebagai sarapan yang mudah dan mengenyangkan.
Yogurt Fernleaf boleh didapati dalam beberapa perisa lazat – asli, strawberi, beri campuran dan mangga. Setiap cawan seberat 110 gram dan berharga RM1.50.
Mulakan hari anda dengan betul bersama Yogurt Fernleaf yang lazat dan mudah untuk gaya hidup anda yang sibuk! Ia boleh didapati di pasaraya dan di kedai seluruh negara.