Berita & Isu Semasa

Bachelorette Party Bertukar Tragedi Bila Jet Peribadi Pengantin Kaya Ini Terhempas

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Bachelorette Party Bertukar Tragedi Bila Jet Peribadi Pengantin Kaya Ini Terhempas

Agenda menyeronokkan bertukar tragedi apabila jet peribadi yang dinaiki 11 orang wanita terhempas melibatkan anak perempuan tunggal kepada jutawan ternama Iran iaitu Mina Basaran.

Sumber: Instagram

Mina yang tahun ini genap berusia 28 tahun dijadualkan melangsungkan perkahwinannya bulan hadapan namun tidak kesampaian sebaik jet yang dinaiki bersama rakan-rakan hilang kawalan lalu terhempas sewaktu dalam perjalanan dari Sharjah ke Istanbul.

Sumber: Instagram

Menurut laporan, Mina bersama tujuh orang rakannya terlibat dalam nahas itu ketika dalam perjalanan pulang daripada percutian parti bujang (bachelorette party) yang turut disertai tiga krew kabin wanita.

Kenangan Terakhir: Foto Mina & Rakannya Sewaktu Menyambut Bachelorette Party di sebuah hotel mewah di Dubai.

Sumber: Instagram

Punca sebenar nahas masih dalam siasatan namun laporan susulan oleh Hurriyet.com menjelaskan bahawa ia berpunca daripada keadaan cuaca yang kritikal di mana hujan lebat menyebabkan pesawat jet jenis Bombardier Challenger C600 yang dinaiki jatuh terhempas di kawasan pergunungan Zagros sekitar Tehran sebelum meletup.

BACA  Demi Hadiah Krismas, Wanita Sanggup Jual Susu Badan

Menurut Khaleejtimes.com, pesawat itu adalah milik bapa Mina, Huseyin Basaran yang merupakan pemilik syarikat gergasi Basaran Yatirim Holding Business di Turki.

Contoh pesawat peribadi yang dinaiki Mina bersama teman-temannya, jenis Bombardier Challenger C600. Sumber: Wikipedia

Khabarnya, syarikat itu banyak mengendalikan urusan perniagaan yang melibatkan pelancongan, pembinaan, penerbangan, makanan, sumber tenaga dan banyak lagi.

Foto lama Mina yang dilihat bersama tunangnya, Murat Gezer.

Sumber: Google Images

Lebih menyedihkan, perkahwinan Mina dengan tunangnya, juga seorang ahli perniagaan bernama Murat Gezer bakal dilangsungkan pada 14 April ini di Istanbul Cirili Palace.

Sumber: Instagram

Sebelum ini, Mina dikatakan sudah bersedia untuk mengambil alih perniagaan bapanya selepas berkahwin nanti.

SUMBER 1, 2 & 3

Komen Anda