Perkara paling yang dicari-cari ketika travel ialah makanan!
Paling wajib untuk mencuba kelainan hidangan apabila berada di negara orang. Lain orang, lain citarasa dan manalah tau terkenan pula tekak dengan makanan yang tak pernah ada di Malaysia.
Jika biasanya orang akan bercerita tentang makanan tradisional atau street food yang sedap-sedap tapi Wanista nak perkenalkan kepada anda tentang keunikan makanan yang anda tak terfikir pun nak makan…
#1 Filipina – Balut
Kalau anda suka makan telur goreng, telur dadar atau telur hancur apa kata cuba dengan telur balut. Ia telur itik yang dimasak ketika ia separuh menjadi itik yang sempurna. Balut bukan sahaja terdapat di Filipina, malah orang Laos, Kemboja, Thailand dan Vietnam. Rupanya tidak digalakkan memakan balut kerana ia mungkin boleh menjejaskan kesihatan.
#2 Jepun – Mata Ikan Tuna
Teruja betul bila tengok hasil tangkapan ikan besar-besar di Jepun tapi jangan tak tau kalau disana mereka makan mata ikan tuna. Tengoklah saiz mata itu, besar sangat!
#3 Australia – Vegemite
Nutella versi Australia ke ni? Vegemite ialah seperti jam yang boleh dimakan bersama roti, biskut atau bersama roti pastri yang lain. ‘Jam’ ini dihasilkan dari lebihan yis dari pembuatan bir. Tidak ramai yang boleh makan Vegemite kerana ia mempunyai rasa masin, sedikit pahit serta malt, entah, Wanista pun tak boleh nak terangkan. Anda kena cuba bila ke Australia.
#4 Mexico – Escamol
Secara kasar nampak seperti nasi atau barli tapi jangan terkejut ia adalah telur serangga! Escamol sudah wujud sejak zaman Aztec lagi dan kini cukup terkenal di sekitar Mexico City. Buat penggemar Escamol, ramai yang memuji seperti rasa lemak kekacang.
#5 Hong Kong – Tofu Darah
Biasa tengok tofu putih kekuningan tapi tofu kali ini berwarna merah coklat. Ianya tofu yang diperbuat dari darah ayam, lembu atau babi. Tofu darah cukup terkenal di Hong Kong atau wilayah selatan China. Sama macam tofu yang kita makan, ia boleh dimasak bersama sayur-sayuran atau dimakan bersama nasi atau mee. Nak?
#6 Scotland – Haggis
Rasanya ada diantara suka makan organ dalaman haiwan kan? Haggis ialah campuran dari hati, jantung, paru-paru dan perut kambing yang dimasak bersama bawang dan rempah-ratus. Bagi Wanista, Haggis tidak berapa pelik sebab di Malaysia ada yang makan Nasi Lemak bersama paru okay jer.
#7 Itali – Casu Marzu
Nampak seperti kek keju kan? Ya, ia memang keju tapi yang mengandungi ulat berengga. Keju ini ditapai lama sehingga timbul ulat berengga untuk mengurangkan lemak dalam keju. Ada orang makan keju ini dengan ulat sekali!
#8 Iceland – Hakarl
Apa ini? Ikan jerung yang sudah dijeruk. Hakarl ialah makan tradisi rakyat Iceland yang dijeruk dan digantung selama empat hingga lima bulan. Ikan jerung yang digunakan ialah dari Ikan jerung Greenland yang dikatakan beracun ketika dagingnya masih segar. Ramai yang kata rasa Hakarl seperti amonia malah Chef Anthony Bourdain pernah mengelarkan ia benda paling mengelikan, teruk yang beliau makan.
#9 China – Telur 1000 tahun
Bukan! Ia bukan yang dimasaka selama beribu-ribu tahun pun tapi telur ini dijeruk dengan campuran tanah liat, abu dan kapur selama beberapa bulan. Setelah itu telur menjadi hitam dan kuning telur bertukar warna kehijauan. Agaknya siapalah yang sanggup makan kerana ia kuat bau dengan sulfur dan amonia.
#10 Thailand – Serangga Goreng
Negara jiran kita ini memang tak perlu diperkenalkan lagi dengan snek-snek rangup yang dihidangkan. Pilih sahaja dari variasi biasa seperti belalang atau lebih advance kala jengking. Ehem.
Anda paling teringin nak cuba yang mana?